ADAT BESERARA BUNGAI -kematian


UPACARA BESARARA BUNGA

Dalam bahasa iban disebut “ besarara bungai “ dan dalam bahasa inggeris membawa maksud ” the severing of the flowers ”. Upacara ini biasanya akan dilakukan sebulan atau dua bulan selepas upacara “ngetas ulit” dilakukan. Upacara ini bertujuan memisahkan alam kehidupan dengan alam kematian. Ini adalah upacara terakhir dalam adat kematian dalam kaum iban. Untuk menyempurnakan upacara ini, bomoh atau dukun akan dipanggil untuk menjalakan upacara ini. Dalam kaum iban bomoh ini dipanggil ” manang” . Tujuan utama mengapa manang dijemput ialah untuk membacakan jampi atau bacaan mentera, kerana dikatakan manang ini dapat berhubung terus ke alam ghaib dan mempunyai kuasa.

Dengan adanya upacara ini, bahagian diantara alam kematian dan kehidupan dapat dibezakan dan dipisahkan. Untuk melakukan ini, satu upacara dilakukan iaitu upacara beserara bungai. Upacara ini dikatakan tamat bila manang membukakan pasu tembaga milik si mati dibukakan dan tangkai bunga dipotong oleh manang.

Diantara sebab mengapa upacara ini harus dilakukan ialah bagi mempercepatkan process perpisahan roh si mati dengan ahli keluarganya yang masih hidup. Bagi kaum iban, roh si mati akan terus berada disekitar mereka selepas si mati meningggal dunia. Dan ini amat menakutkan mereka, kerana roh ini boleh mengangu mereka. Jika roh si mati belum dipisahkan, roh ini akan terus menetap tinggal bersama mereka. Dipercayai barang sesiapa ahli keluarganya yang selalu mengingati si mati, dia akan mudah sakit seterusnya maut. Juga dipercayai bahawa roh ini akan membuatkan makanan yang mereka makan selalu nya dibaziri, kerana jadi makanan si mati. Ini tentunya membawa kerugian kepada keluarganya.

Andai kata keluarga ini melanjutkan tempoh besarara bungai, mereka mestilah sangup menanggung akibatnya. Hal ini kerana si mati akan sentiasa menganggu mereka.

Sebab mengapa upacara ini mesti dipercepatkan ialah bagi memastikan roh si mati tidak mengangu hidup mereka sekeluarga. Ia juga begi mengelakkan malapetaka yang tidak diingini.

Menurut kaum ini juga, roh si mati juga akan cuba mengajak roh yang masih hidup, untuk pergi bersamanya pergi ke alam yang lain. Jika ini berlaku, seseorang itu juga turut meninggal dunia bersamanya.

Urutan perjalanan upacara

Pada permulaan upacara ini, manang akan dijemput ke ”ruai”, dan duduk berada ditengah-tengah tetamu yang hadir. Disini manang menjadi tetamu ”kehormat” mereka. Kerana manang mempunyai kuasa dan perlu dihormati malah ditakuti.

Biasanya manang akan melakukan dan menyempurnakan upacara ini pada waktu malam di rumah keluarga si mati. Mereka akan berkumpul disatu ruang yang disebut ”ruai”.

Pada masa itu juga, semua ahli keluarga, jiran-jiran dan tetamu yang hadir akan duduk di satu tempat yang dipanggil ”pantar”, mendepani manang. Mereka akan memerhatikan perbuatan manang dan mempercayai manang sepenuhnya. Apa yang manang lakukan adalah yang terbaik dan benar belaka.

Sebelum memulakan upacara, manang akan meminta pakaian yang pernah dipakai si mati semasa masih hidup lagi, untuk digantungkan diatas tempayan kecil pada penyangkut yang diperbuat daripada buluh.

Didalam tempayan itulah diletakan dua tangkai bunga. Bunga yang digunakan hendaklah ”bunga telasih” atau nama saintifiknya ialah Ocimum sanctum. selain dari itu juga, cabang bunga pokok emperawan boleh juga digunakan.

Tempayan itu melambangkan ”pagar api” atau pagar dari kuasa ghaib. Ini betujuan mengelakkan kuasa ghaib masuk dan mengangu upacara ini. Berdekatan dengan tempayan ini juga, diletakan pinggan untuk makanan si mati, untuk tujuan pemujaan atau ”persembahan” kepada si mati.

Biasanya pada pukul 10 malam, manang akan memulakan tugasnya dengan membaca mentera suci yang disebut dalam bahasa iban iaitu ” leka pelian besarara bungai”. Manang ini akan terus menerus membaca mentera nya itu, kecuali masa minum, makan, merokok dan mengunyah sireh.

Pada tengah malam akan ada satu upacara makan beramai-ramai di ruai keluarga si mati. Upacara ini disebut dalam bahasa iban ” makai salau” . Mereka akan makan bersama-sama dan bekumpul. Makanan akan disediakan keluarga si mati. Walaubagaimanapun, ada juga makanan yang datangnya dari jiran-jirannya yang menghulurkan bantuan. Biasanya makanan ini disediakan oleh anak-anak muda. Makanan dibawa dari dalam ”bilek” ke ”ruai”. Kemudian tetamu akan dijemput untuk makan. Tetapi sebelum makan, manang akan mengetuai makan malam itu. Manang akan membuang pedara ke bawah rumah. Ini adalah untuk roh si mati dan kawan-kawannya yang datang dari dunia lain. Pedara ini adalah makanan istemewa untuk tetamu yang datang dari alam ghaib, kerana mereka juga menurut kaum iban perlu dihormati dan dilayani seperti tetamu lain. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan makan sebelum pedara ini dibuang atau dibagikan kepada roh dari alam ghaib itu. Hal sedermikian kerana kaum iban percaya wujud nya alam ghaib dan mereka perlu diutamakan dalam apa-apa perkara.

Habis saja makan malam itu, manang akan meneruskan bacaan menteranya. Masa bacaan mentera ini, tidak ada sesiapa dibenarkan mengangu manang tersebut. Apa yang manang itu jampikan ialah menyampaikan perasaan sedih mereka kepada si mati, seterusnya meminta memutuskan perhubungan mereka. Maksudnya disini ialah hubungan mereka hendaklah ada satu batas permisahan. Hubungan mereka akan diputuskan dari dunia ghaib atau dunia si mati agar si mati kembali ke alamnya dengan aman dan tenang.

Salah satu cara memutuskan hubungan mereka ialah melalui upacara pemotongan tangkai ”bunga telasih”. Bunga yang digunakan hendaklah mempunyai dua tangkai. Cabang tangkai yang pertama mewakili alam kematian hendaklah menghala ke arah manang tersebut, manakala tangkai yang mewakili dunia kehidupan menghala ke arah tetamu yang hadir. Disini manang hanya memotong tangkai yang mewakili alam kematian sahaja. Upacara pemotongan ini, hendaklah disertai oleh tangisi lantang dari salah seorang keluarga si mati dan bacaan mentera.

Lepas proses pemotongan berlaku, hubungan mereka dikatakan sudah tamat. Tetapi manang ini akan terus membaca menteranya sampai ke pagi, sekitar jam 3 pagi. Upacara besarara bungai ini tamat selepas manang menghabiskan bacaan menteranya pada pukul 3 pagi itu.

Selepas serapan pagi, keluarga si mati akan membayar upah manang dengan seekor ayam, pisau atau ”duku”, tempayan dan kain belachu.

Urutan peristiwa Upacara Besarara Bungai

  1. Keluarga si mati akan menjemput manang dan ahli keluarganya untuk menghadir upacara ini.
  2. Tetamu hadir dan manang duduk ditengah-tengah tetamu.
  3. Pakaian si mati digantungkan di penyangkut dari sejenis buluh.
  4. Pukul 10 manang mula membaca mentera suci dan selamat.
  5. Makan tengah malam di ”ruai” dan semua tetamu dijemput.
  6. Lepas makan malam, manang akan meneruskan bacaan menteranya.
  7. Upacara pemotongan tangkai bunga telasih.
  8. Manang akan meneruskan bacaan menteranya sampai pukul 3 pagi.
  9. Lepas serapan, tetamu boleh besurai, manang dibayar upah.
  10. Upacara tamat.

About these ads

About Timberland J

SALAM 1Malaysia, terima kasih kerana telah berkunjung ke laman ini..APA pendapat anda tentang artikel ini ?

Posted on 16/04/2009, in dunya kitai iban. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. nazirah syahirah

    terima kasih banyak-banyak sebab menyediakan maklumat yang dapat saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus saya..

  2. sylvester stich

    terima kasih ngagai kita ke ngepost tu .. aku beguna bendar ke semua tu .. kena aku ngadu kajian aku .. terima kasih .. enti agi bisi , tau tulis ke meh ba ditu ..

  3. sama meh kitai…ku ngiga amalan kematian & amalan kelahiran kaum iban.

  4. aku diatu benung ngaga assignment tentang budaya & adat kaum iban. ulih meri gambar berkaitan dengan kematian, menanam padi (ngelabuh) Thks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 69 other followers

%d bloggers like this: