Kisah penipuan jenama AOWA
Salam semua pembaca..
KHAS kepada sesiapa yang belum terkena..khas utk org tinggal di bandar2 besar, lebih-lebih lagi yang ada shopping complek..untuk org kampong juga, yang baru tinggal di kota..JANGAN TAK BACA INI..MANA TAHU KAMU AKAN TERKENA, BARU MENYESAL.. ATAUPUN kamu pernah terkena dan tak sedari bahawa kamu juga telah terkena tipu..
Oleh kerana tidak puas hati dengan penipuan Aowa, sekali lagi saya membincangkan teknik penipuan aowa dan cara mereka “menjual” barangan mereka. Hal ini kerana saya pernah ditipu, harapan saya supaya tidak ada lagi yang terpedaya dengan “godaan” mereka, maksud saya dia punya promoter. Owh ya, kalau di KK, dia punya cawangan ada di karramunsing, oneBorneo,dan lupa lah..konsep mereka lebih kurang sama dengan jenama Frico.
Bagi mereka yang kurang tahu dalam selok-belok perniagaan, mereka akan merasa mereka lah yang beruntung dan terasa macam menang loteri beribu ringgit. Padahal mereka telah tertipu huhu… sedangkan saya yang mempunyai degree pun tertipu juga dengan dia punya teknik godaan..
Untuk pengetahuan semua, teknik jualan mereka ialah yang kita panggil dalam bahasa English multiple sealing ataupun jualan berganda. Sebenarnya teknik jualan ini dalam dunia perniagaan adalah dibenarkan, tetapi yang saya tak puas hati ialah, promoter nya mengunakan kata2 yang boleh menyebabkan kekeliruan dan penipuan.. maksud saya ialah..harga sebenar harga barangan mereka dilabelkan dengan beribu ringgit, padahal jauh lebih murah dari itu..
Contohnya;
1. Induction cooker/ dapur electrik rm25++ ( harga sebenar ialah rm15++ )
2. Vakum rm22++ ( harga sebenar mungkin rm5++)
3. Penuras air rm2+++ ( harga sebenar mungkin rm600 )
4. Pressure cooker/periuk tekanan rm600 ( mungkin rm4++)
Mana tak menipu nya tu.. promoter tu siap kata pada kita, kamu telah memenangi rm8+++, wow, banyak nya..padahal habuk pun tak ada..saya pada masa tu hanya membayar rm25++, untuk dpt kan barangan itu..so bila difikir kan saya keuntungan rm6+++.. padahal telah ditipu..lupa saya mahu citer, bila dapat “hadiah” ini, memang macam diawang-awangan..tak percaya..saya balik, saya citer ka nada kwn sy , dia pun ketawakan saya, apa lagi dia citer kan lah semua selok-belok perniagaan Aowa.. kecewa nya tau..rasa mahu gaduh saja dengan promoter nya itu..
Satu lagi, mereka akan tengok kamu punya dompet, kot-kot ada kad kredit.. kalau ada, dia bagi pakej yang lebih mahal..iaitu pakej home theater rm3+++..pandai tak mereka… saya rasa kita patut belajar menjual seperti mereka, manis mulut..sampai kan yang ada PHD pun terkena..
Satu lagi…mereka kata..haha mereka kata..barangan mereka buatan jepun, padahal buatan china..inilah membuat kita terpikat..satu satu lagi, barangan mereka bukan nya tahan lama pun, tapi cepat rosak.. lebih-lebih lagi, vacuum dia tu…mereka kata ada warranti, tapi kalau rosak, mereka tak ingin bertanggungjawab, mereka kata alat ganti tak sampai lagi..yakni cuba mengelak..hingga kan kita fed up..putus asa..
Kisah saya begini..baca tau !!!..rugi kalau tak baca..kerana boleh djadikan tauladan..
Dengan aksi lakonan beberapa promoter aowa… mereka menunggu pelanggan dengan memberi voucher hair dryer percuma dan menjemput kamu ke premis mereka dan memberi penerangan. Kata mereka ada promosi hebat..cabutan bertuah untuk bulan ini sempena macam-macam lah sempena nya..kalau dekat raya, sempena perayaan..kalau dekat kmerdekaan, sempena kmerdekaan..pandai kan mereka..
saya pula terkena dengan promoter cewek mereka.. saya kan masih bujang lagi kan.. mesti lah tgoda sikit kalau cewek cantik tegur.. kalau promoter lelaki mungkin masa tu saya tak layan..hehe..
dia kata ada hadiah free, dia siap tunjuk pada saya..tapi kena tengok pameran mereka, dan bagi komen sikit..kata mereka..ini lah teknik jualan mereka.. sampai kat premis mereka, mereka tunjukan barangan mereka terutamanya yang paling canggih iaitu, induction cooker.. owh ya juga, induction cooker mereka ini ni juga, sebenarnya mengunakan banyak tenaga elektrik.. seperti yang diceritakan, saya diminta untuk member komen, ini sebenarnya lakonan mereka saja..
Lepas tu pula kan, mereka bagi kita kotak hair dryer.. di dalam kotak hair dryer itu ada kupon dan mereka pun menunjukkan voucher yang telah di menangi oleh beberapa orang. apabila dibuka kupon itu terdapat tulisan PR dan didalam ada huruf A yang mengandungi RM100 percuma dan 3 barangan percuma yang terdiri dari presure cooker, set periuk stainless steel, induction cooker, dan vakum..
itu lah hadiah yang saya dapat.. konon nya hadiah..padahal tkena tipu.. lepas tu kan, lakonan pun bermula dua promoter yang mengatakan mana ada hadiah macam ini.. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan voucher itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di KL tak tahulah saper yang berlakon pula, dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar secara percuma.. jangan salah anggap tau, ini hanyalah lakonan mereka.. jika kamu perhatikan betul2 sebenarnya, bos mereka katakana itu adalah salah sorang dari mereka disitu..belakon jadi bos..
jika kamu perasan, bila mereka talipon bos mereka kononnya, mereka akan bercakap dengan besar-beasr, agar kita mendengar..ini juga lakonan hehe..pastu kan, mereka bagi hanpon pada kita untuk bercakap sendiri dengan bos mereka..mereka minta no siri hadiah tu kononnya lah..padahal ini hanya teknik saja..bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah minggu ini.. kemudian talian dipaskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 1000 keping dalam Malaysia.
Mereka berpura-pura mengfakskan voucher tersebut ke KL…saya lihat mereka begitu pandai berlakon yang sedihnya semua promoter di situ berbangsa melayu…. yang perempuan pula bertudung kepala….. Selepas itu mereka menerangkan kepada saya untuk mendapatkan kesemua hadiah itu kami kena beli barangan yang disyaratkan yang berjumlah lebih daripada RM2 ribu diantara nya adalah vacum berasaskan air, water filter, microwave, home theater dan lupalah apa lagi…. So saya memilih water filter reganya lebih kurang RM2599.00, kerana water filter lah diantara yang paling murah dalam voucher yang disyaratkan.. untuk pengetahuan korang, harga bagi keEmpat2 barangan itu semuanya sebenarnya dalam lingkungan rm2599..
Apa lagi kan. Mereka belakon dengan berteriak, gembira kerana saya lah org paling btuah..sebenarnya berteriak kerana bjaya menipu saya..huhu..siap ucap tahniah lagi tu..tahniah hampeh..jujur saya kata kan pada masa tu, hati saya memang teruja, dan bangga lah..kan pemenang.
Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya..ini juga teknik mereka memikat hati kita..lepas tu mereka terangkan sesuatu, mereka kata mereka takde jual barang, tetapi mereka hanya lah sedang buat promosi..haha..sebenarnya ini lah teknik mereka menjual barangan mereka..kerana barangan mereka diletak dengan harga begitu mahal..sapa mau beli kan..jadi dengan teknik ini lah mereka mampu menjual barangan mereka..dan gaji sorang promoter hamper mencecah rm3+++..percaya atau tidak terpulang kepada kamu semua..
Pada mulanya saya tidak mahu, saya kata saya idak memerlukan barangan tersebut.. lepas tu mereka pujuk saya lagi supaya ambil peluang ini..lama juga mereka pujuk saya, hampir sejam saya dalam premis mereka..hal ini kerana saya orang yang bijak kononnya lah..sehingga kan saya kol kwn saya, kwn saya pun satu, pujuk saya bayar juga..
Melihat keadaan saya tidak mahu bayar, mereka terangkan, jika saya bayar saya automatic jadi ahli Aowa/membership dan dapat kad vvip..kononnya..mereka kata, jika jadi ahli, kita akan berpeluang mendapat hadiah mingguan dan berpeluang melancong bersama aowa..satu lagi, kita juga akan dapat income/pendapatan hasil dari keAhlian kita..
Ini menyebabkan saya tertarik, kerana saya bminat dengan alam perniagaan..siapa tak duit kan..kalau kamu fikir baikbaik, mana ada orang tekan kita atau beria-ia sangat nak bagi kita hadiah.. satu lagi mana ada orang sanggup bagi hadiah beribu-ribu ringgit..rugi lah kan.. maksudnya ialah, mereka sedang menipu kita untuk mendapatkan untung..
Last-last saya bagi kad CIMB bank saya..untuk transfer duit berkenaan..lakonan terakhir mereka ialah, mereka meminta kita ambil gambar bersama hadiah2 yang kita dapat tu..
Lepas saya tau yang saya ditipu..menyesal pun ada walaupun saya dapat barangan tersebut..
Jadi cara saya ialah, saya menjual barang tu melalui internet..nasib saya agak baik, saya dapat balik duit saya hasil dari jualan saya tu, dalam rm2+++..
BAGI SESIAPA KWN2 YANG ADA TERTIPU, SAMA2 LAH KITA BKONGSI PENGALAMAN TERSEBUT DAN MEMBANTERAS PERBUATAN AOWA TU..
Sayang Rm2000 tu beb…
kepada para pembaca..
apa komen anda..
saya tertipu atau saya untung ??
anda bagaimana ?
saya pun dah tertipu dpt 7 barang.kena bayar rm4800..saya bukan nak guna sangat barang tu tp dah terpedaya.kalau tak keberatan boleh tak u ajar saya macam mane nak jual semula barang tu melalui internet?
sy juga telah di tipu, tapi yg ini adalah syarikat lain menggunakan eHome. Semua helah mereka adalah sama seperti aowa.
Huhu..sy jg tertipu..tp alhmdulilah..juz rm2000 je..
sya juga tertipu…tp xper cuma rm50 jer….nasib baik xikut cakap prometer 2.dia meminta kami byar pendahuluan tp kami bgi bnyak alasan dan akhirnya kami di minta bayar rm50.yang pelinya dia kat tak ader limit..
apa kata awak pergi tuntut,baru tau ada limit atau x…tp mk saya alhamdulillah…mk saya booking,,selebihnya mk saya bayar 2tahun kemudiannya.mk sy takut juga kena tipu.nasib la tak.bagi saya berbaloi,kerana mk saya dapat jugak barangan tu.mungkin dari segi strategi dilihat seperti menipu.tapi bila ditolak,ditambah,didarab,dibahagi..harga yang diberi berpadan dengan jumlah barangan dan tahan lama.mungkin nasib mk saya baik.mk saya jadi member aowa.dan pernah menang air cond percuma di sabah.
kahkahkah lawak2… sy pon bru je kne td kt park city mall…. nsb baik xbg swipe kad kredit… tp terbayar jgk deposit rm100 hahaha… kompem sy xkan g tuntut brg2 tu… takpe kan kalo x g tuntut? halalkan sajalah deposit tuh.. ermm nsb baiklah dorang lyn mesra giler td… cukop padat dgn aksi2 terkejut dan suprisenye… bahagia sgt rasenya bila dilayan sebegitu, umpama dunia ni ana yg punyaaa! hahaha. tak terkecuali jgk dosa kering dpt coz slm ngan pompuan promoter yg bertalu2 mngucapkan tahniah… aishhh… Ya Allah Ya Tuhanku… lindungilah hamba mu ni dr segala kejahatan.. Amin..
sayapun antara orang yang telah terkena.Mula-mula memang dah boleh agak dah teknik diorang ni tapi terkena jugak.kononnya nak lihat sejauh mana lakonan mereka.kawan saya siap tanya “ko kena jual ke”.tapi akhirnya dengar punya dengar memang terkena juga.semua penceritaan saudara skripnya dan jalan ceritanya sama…ha ha..memang terkena.Tapi yang terharunya ( setelah sedar terpedaya) siap bergambar lagi dengan gaya ala duta produk…enam barang ( induction cooker, electric multi cooker, Sony Bravia (32″)15 piece cookware set,air purifier dan microwave…Hampir rm6000…la ni tunggu kad vvip yang masih dalam proses kononnya.bila ada kad ni dapatlah beli dengan harga diskaun 50%….rasa-rasa macam dah cerdik dah.rupanya….tapi dunia bussiness macam-macam strategi boleh buat cuma kebertanggungjawapan je…..tengah menung ni nak jual ke nak simpan.kebetulan semua brgn tu saya memang tak ada.sekarang ni tengah nak “survey” harga sebenarnya.berapa “kerugian” yang telah saya terkena.
siti… samalah kita. Saya dpt 6 brg( induction cooker, vacuum, set periuk stainless steel, dapur/periuk serbaguna, home theatre n microvawe) rm6000. Ya Allah… mmg terkena la. Sy x tau samada nk pkai sndiri or nk jual brg2 tu. Klu nk jual ada ke org nk? Nasib2…
!@#$ punye aowa. mak saya pun nak kene tipu, tapi mak saye dah tau aowa ni penipu besar. penjual tu cakap dapat free 2 barang tapi kene bayar RM2.500. mak saye pun cakap tak nak . lepas pergi tu saya tengok dia, penjual tu buat muke bengang. !@#$ betullah aowa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bro sama jg kes kita ni..sa pun baru jg terkena..
baru 3 hari berlalu..sa baru terbaca d laman ini.
boleh2ny sa terpedaya dan tertipu..sakit hati betul o..
yg lg teruk 1 benda pun sa tiada bawa balik.rugi Rm 4++
sHittt….
Saya pernah mengalami penipuan yang serupa dalam tahun 2006 oleh pengedar dari sebuah kedai di Puchong, berhampiran dengan Tesco Puchong. Tektik yang digunakan adalah sama, tetapi untuk jenama lain iaitu Kitchen Queen. Ia bermula dengan saya mendapat jemputan untuk menuntut hadiah di tempatnya. Bila sampai di sana ada cabutan lain yang mana saya cukup bernasib baik mendapat hadiah barangan dan pembelian dgn harga potongan. Lepas satu satu lagi kupon yang digores mendapat hadiah. Memang mereka berlakon seolah-olah hairan yang saya cukup bernasib baik memenangi hadiah2 tersebut. Macam tak percaya yang saya boleh menang, mereka berpura-pura menelefon bos sama ada bolehkah atau tidak barangan tersebut dilepaskan kepada saya. Akhirnya bos (pelakon) membenarkan saya menerima hadiah tersebut setelah harga barangan terkumpul yang saya dapat berjumlah RM5000.00. Dengan bermula hanya untuk mendapat satu free gift flask aluminium sahaja sebagai hadiah, saya pulang membawa balik induction cooker (2-stove), air purifier, wet vacuum cleaner, water filtering system, stainless steel cooking utensils, microwave oven, set mainan kanak2, home sauna, kamera instant Fuji dan lain-lain lagi yang masih tersimpan dalam stor, belum digunakan lagi. Saya terpaksa menggunakan 2 trip bagi mengangkut barang itu sebab kereta Perdana tak muat mengisi barangan yang memang bulky. Sebelum pulang pekerja boleh pula minta belanja KFC. Saya tinggalkan RM50.00 sahaja. Sekarang kedai itu sudah ditutup kerana diserbu oleh pihak berkuatkuasa KPDNK apabila mendapat maklumat daripada mangsa atas sebab menipu.
Saya org Brunei..baru juga terkena penipuan promoter aowa tadi di Bintang Plaza, Miri. Lepas je sampai rumah saya terus cek kat internet tentang Aowa ni tak sangka pula trjumpa blog ni.. Semua sama mcm yg kmu ceritakn.. siap minta my master card n deposit RM50.. nsib baik lh tak bnyak..
saya pun hampir terkena,trick yang digunakan lebih kurang sama,cuma saya bersyukur kerana mampu berfikir logik ketika itu.
Mana tidak,peralatan elektrik yang jenama entah dari mana bernilai 5 kali ganda berbanding jenama terkenal????
Apa yang saya lakukan saya menolak secara baik,dan hanya mengambil hadiah percuma yang diberikan ketika dihampiri..haha
saya bagi 2 cadangan agar tidak tertipu kerana saya sendiri berasa rimas seringkali dihampiri promoter sykt berkenaan.
(1)-Jauhi promoter aowa-bagi alasan!nak ke tandas etc
(2)-Berfikir logik dan ambil sahaja hadiah percuma yang diberikan ketika dihampiri.:)
adui,…matai, mana tau pasal ni..baru skrg bla bca blog ni…adui rugi besar o..stuasi mcm kmu juga,..bla tbca blog ni punya skit ati…alama, sy x kisah juga tp ni yang promot sy pn bukan orang lain, ada kaitan juga…sdra sendiri pn kna tipu…celaka betulah…tpi nilah penipuan besar yang pernah sy alami…ya betulah edu pun kena tipu jg…tapi from now sy kna belajar to be careful…myesal pn x guna sdah…biar dorang tu..biar dorang rasa…hari ni dorang tipu kita lain kali biar dorang rasa ditipu oleh org lain pula…hmmm jgan termakan dengan kata-kata dorang tu…kunun YB….pun berbelanja di situ….ntahlah dorang ni bijak bodoh ja…ei korang yang pernah n sedg kerja dengan Sykt Aowa penipu tu…argh jgan X guna kmurang Bgji besar, Pandai bckap tpi PENIPU BESAR TU…..x guna ja…ntahlah mcam mo cekik ja manusia macam tu…kalau betul ndak apalah tapi kalau x betul tu…pandai-pdnilah jawap nanti…God Bless…
I pun kena tipu. tapi i bawa kes ini ke tribunal pengguna, berjaya dapat duit i balik dgn bayar siki papasan kpd aowa tu!
bos.. boleh share ka cerita ko bawa ini kes pigi tribunal pengguna.. sia pun terkena o.. rm200.. cilakak betul.. nanti sya tapau tu amoi2 promoter.. jgn dia main2..
waaaarrrrggghH!!!!!!!! sa pun kena tipu!!!! ari ni, sa di suru beli barang induction cooker… adu… janji dorg, dorg akan bagi blk duit sa dlm masa 25 ari. butul ka dorg bg blk a.? adu.. camna mo mngadu ngn hak pengguna? ada website dia ka?
Hai Gancy, u bawa kes u ke tribunal? macam mana u buat? i pun kena tipu.. huhu
sama je modus operandi diorg ni. baru hari ni mak saya hampir kena tipu dgn diorg ni. tp dia bayar 200 ja, sbb tak bawak duit. ingat hari ahad nak pi angkat barang. saya balik rumah lewat, dah balik rumah baru dia citer pasal menang free gift. tapi tak sedap nya bila dia cakap “mak beli vakuum…harga 2000″…nak meletup saya masa tu. nasib tu mak saya. saya sabarkan aje. hangin juge…saye nak beli barang2 dia bebel membazir. dia snang2 nak lepas 2000. saya tau ni mesti kes kena tipu, saya terus ajak pegi tempat tu semula. frico nama kedai tu. lot dalam giant. masa da kol 930pm masa saya bertolak dari rumah.
saya pecut takut kedai tu da tutup…nasib juge tak tutup lagi dia dok ngayat customer lain…hehehe
blur juge diorg saye gertak mintak balik duit tu. ingat kan datang nak bayar n ambil barang. sekali saya minta duit. saya senang, kalau tanak bayar saya nak pergi repot polis je. rm200 pun..duit juge tu baii…dia cakap takleh cancel. saya cakap “ok…” sambil tarik mak saya..saya dalam hati nak tuju balai polis je. dari cerita mak saya pun tau dah style biasa diorg tipu.
mula2 diorg berkeras cakap kena pergi HQ la apa2 la…saya pun “OK….” kan aje…
saya terus jalan, masuk keter, start keter, jalan….
sekali mamat promoter tu kejar…dia cakap nak bayar dulu duit 200 tu pakai duit dia sndri. citt…podah..penipu. mana ada vacuum cap ayam harge sampai 2000lebih. baik aku angkat bravia v series. aku pun dia nak bayar camtu aku ok kan aje…janji dapat balik duit.
dia kejar tu sebab aku dok pgg lagi resit diorg bagi mak aku siang tadi. mmg dalam otak aku konsisten nak g balai je. lantak la apa nak jadi, nak layan ke tanak layan ke…
so dia bayar n aku pun setel. nak g balai dia da mintak lik dah resit tu. aku cuma pesan kat mak aku jangan la kena tipu lagi…hish..bek aku beli motor lagi sebijik.lagi besh…huhu
huhu~~ saya pun ditipu camtu jg.. camna mo repot polis ek.. saye nak balik duit saya..
SaUdara dan saUdaRi yG dhORmati sKalian..
saya baru terkena pagi td. tp nasib baik saye ni student je, mne ade duit nk beli barang2 elektrik tu. tinggal pun kat hostel, takde tempat nak letak alat2 letrik tu. tp saye risae die ade ambik no ic tulis dlm borg free gift. rsenye ade kesan ape2 tak?
pasal ni sia pun kadang2 kesian sebab kwan pun keja sana…..8ctually ini strategy bisnes bh….kalau fikir logik smua brg d pasaran pun mmg d jual dgn harga yg mahal……even made in china……smua brg pun sama juga…….tiada beza bah…kalau dia org tipu pun mana mungkin mreka kasi u all brg2 betulka???kalau mreka tipu u pun alang2 lah jgn kasi brg….hehehehehe
Saya pun tertipu dua kali pada masa yang sama ceritanya begini saya keluar dari super market Hiap Lee Keningau tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan botol air dan memberikan secara percuma lantas membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk memberikan komen tentang barangan Aowa. Selepas memberikan komen, promoter itu terus menghulurkan borang dan meminta saya mengisi maklumat kerana memberikan komen barangan Aowa. Bagi menghargai komen yang saya berikan lantas mereka memberikan satu tiket bertuah dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenagai tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM100. Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di KK , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar secara percuma. Promoter it terus memasingkan handphon itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah minggu ini, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 5 keping dalam Malaysia.Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut. Tetapi promoter menyatakan saya tidak boleh bawa pulang hadiah tersebut sekiranya saya tidak membeli barangan Aowa yang berharga rm 2000 ke atas lantas menghulurkan jenis barangan tersebut dan mencadangkan saya beli dapur memasak yang mengunakan elektrik berharga rm 2898. Saya katakan pada mereka tidak mahu beli kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu pada masa itu dan akan membeli lain hari tetapi promoter itu menyatakan hadiah yang saya dapat tidak boleh dibawa pulang sekiranya tidak membeli barang aowa pada hari itu juga, .promoter yang ada di situ menyuruh saya memgunakan kad kredit . Akhirnya saya terpaksa mengeluarkan kad kredit. Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di KK. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 7000 yang layak lagi memenagi hadiah. Hadiah yang saya dapat kali ini ialah 2 barangan Aowa juga bernilai RM5888 tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka. Kali ini suami saya pula yang mereka suruh guna nama untuk membeli barangan tersebut, belum sempat berfikir, mereka balik-balik minta kad kredit, akhirnya saya bagi balik kad kredit tadi. Kini jumlah wang yang digunakan ialah RM5786. Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.
Sesampai di rumah, lebih kurang setengah jam lamanya saya kembali berfikir atas kemenangan hadiah tadi. Di fikiran saya logikkah ada penjual yang memberikan hadiah seperti itu. Untuk mendapatkan kepastian saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.
Apa yang saya rasakan di sini ialah:-
1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.
2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.
3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.
Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.
aduh………sy pun mengalami perkara yg sama seperti kamu semua..betul2 rasa diri diperbodoh sgt2..betul2 sama pengalaman mcm yg sy bca sume ni…ALLAhuakbar, moga ALLAH balas sgl kejahatan mereka
dah ramai yang kena macam nie..
ape2 pun dah x boleh buat ape..
duit melayang cam2 je…
alahai… sy pun terkena la…gerammm!!! kisahnyer kemarin sy n husband p TESCO A.SETAR, niat ati nak beli susu anak n barang dapur, tiba2 ada promoter AOWA dtg, kebetulan sy mmg nak surver dapur.. promoter 2 suruh duduk n mula lah dgn citer2 indah.. sy jd terpengaruh bila dia kt sy dpt 3 brg freegif, so sy setuju ambik electric cooker n 3 brg lain dgn harga rm2400, ms isi borang tiba2 promoter call boss dia kat KL, ms dia ckp kat fon tiba2dia buat riaksi TERKEJUT N TERUJA. pas 2 dia bg fon 2 kat sy , dia kata bos nak ckp kononnya nak ucap tahniah sbb sy pelanggan bertuah menang byk hadiah.. so sempena FATHER’S DAY company nak bg special giff lg ,dgn mn2 belian sy dpt discount 20% n free microwave oven, so sy pilih Air filter rm1830 after less..lepas bayar dia kata microwave x ada stok pulak.. tggu 2 minggu.. penghantaran akan dibuat kat rumah.. total duit abis ptg 2 rm 4230 (7 barang owing 1brg) budak2 tu antar brg sampai kete pas 2 siap mintak belanja lg!!! tp bila sampai umah br tersedar dah kena tipu..bila dikira balik mmg harga yg sy bayar sm dgn total brg yg sy dpt.. MN ADA FREE GIFF!!!!!!!!!!! SEKARANG SY TAWAKAL SJ LA.. TGU MACROWAVE… NIAT NAK JUAL SEMUA BRG YG ADA.. SAPE YG BERMINAT SILA email sy….
bodoh!!! mmg x halal duit tu!!
mmg pun..sy pun terkena dgn tektik yg same..percakapan, reaksi,mcm celaka!!! nsb bek xbyar banyak..!!!
bru je kne td kt karamunsing..melyg gk la 300..gampang btl..
sme spt kish anda semua tp kes saya lk knon2 dpt myvi..konon2 ade mega 2010 lucky draw end of this year..cirit betoii…dh la d perantauan ni..bru plk tu…kuang hajjaaqqqq…bile bce previous comment dr anda semua ni, eiiiiiii geram btlll laaa…spe la yg x trpesona lw dgr menng kete…hadoooiiiiii….migrain…
elok la dok naya org noh…lw x buncit perot mkn duet haram effect kt laenn plak..
sy pun dah kena tipu,tp dah failkn tuntutan melalui pengguna. next week tarikh bicara.
saya pun da kena tipu.. camna mo lapor? pa dokumen dorg minta? komfom dpt blk duit tu?
hi syafiqa,
mcmana keputusan dgn hearing tu?
Sy pun hampir kena tipu. Lakonan mereka sama seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan diatas.. Buat2 terkejut konon… Tp Alhamdulillah sy x berjaya memujuk suami untuk membayar RM yg mereka minta… Lama jugak saya oujuk suami tp dia kata “jom kita ronda-ronda kat dlm supermarket dulu, sama ronda kita fikir habis”.. Sy pun ikut suami dan sampai ke sudah suami tetap dengan pendiriannya dan memujuk saya, lain kali kalau ada rezeki kita beli …. Sy pun akur. Alhamdulillah terima kasih kepada suamiku….
ya ni aowa ni mcm tahi ja…….sy pn dtipu jga..pnya la main gembira kunu menang hadiah..tapi nasib baik sy tia byr abis drang ckap byr rm500 ja untuk sy bwa blk 1 brang jd yg lain tgu sy hbis byr lu bru dpt bwa blik smua..tapi smpai skrang sy tdk g byr2 2 cuz byk yg ckap brg aowa ni tipu pnya…kalau bjalan d karamunsing la yg pling kin pnas byk btl kara[promoter] kejar2 ni…tpi bkin hairan byk sda yg tau ni aowa ni penipu knapa drang masih blh buka kedai n cawangan d mna2 tmpat sepatutnya drang ni kna ambil tindakan!!!!!!!!!!ini tidak adil!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!sy hrap 2 pekerja promoter aowa ketulahan 1 ari nti!!!!!!!!GO TO HELL WITH D AOWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
memang kes sama dngan sy je ni. bila sy buka website ni,baru sy tau sy pun kena tipu. baru je 2 hr yg lepas. memang bodoh betulla..tp dah x guna lagi, duit dh melayang rm3xxx lbih. smuanya teruja dngan brg-brg 2. walaupun dpt bawa balik 4 barang, rasa menyesal juge, dengar kwn-kwn yg dah kena tipu. kenapa dia org masih bebas buat mcm 2 owh? x de tindakan ke? sebelum ramai lg yg kena…kpd kwn-kwn yg dpt balit duit 2, kongsi-kongsila, mcm mana nk dpt duit 2 balik………..
adoyaiiiiiii saya mangsa yang seterusnyeee…… kene tipu hidup2..modus operandi sama seperti di atas….setelah saya buka blog nih…rase menyesal sgt2…diaorg blh kata promotion yg sya dpt tuh hanya setahun sekali….dan 1 org jer blh dpt…. rupa2nya mkck belakang saya pun dapat….siot jerr…bodos tul…. nasib baik la dpt balik duit yg diberi…. thanks mr suami sebab mengamuk kat sana…… kepada para isteri di luar sana jgnlah cepat terpengaruh…
saya pernah guna mudah.com utk jual barang saya tu..tapi jual lah separuh harga..dalam iklan kata harga asal rm2500 dan kita jual rm1500..tak rugi..kerana harga semua barang tu cukup untuk menghasilkan harga bayaran saudara suadari sekalian..thank for your all comment..
alamak…rupa rupanye..ramai jua yg terkena dengan buaya2 AOWA…
nasib sia tdk tpedaya utk beli…tapi sia dsuruh tulis IC no dan sign nama..menurut Salesnya sebagai bukti mereka kpd Bos yg mereka tlah melakukan tugas utk mempromote produk..dan sia dibagi Botol percuma.. gi mana ni.. adakah sia akan dapat apa2??
maksud sia adakah sia akan dapat padah dgn sign nama dan bagi IC no??
tidak..tu hanya tektik dorang suruh kamu dtg lagi..just ignore ja dorang tu..semua nya menipu
untuk pengetahuan saudara, saya & tunang saya baru TERBELI product aowa sebentar td..pada pukul 8.00pm hari ini..selepas membaca statement dari semua comments diatas, baru sya sedar yg kami telah kena tipu juga..untuk pengetahuan saudara, kami beli barangan tersebut di East Coast Mall Kuantan, Pahang. Modus operandi mereka sama seperti comments diatas, yg mn promoter mereka akan bg free gift dulu (tupperware) & mint kita isi borang komen & then ada cabutan voucher & nak dijadikan cerita, kami juga td telah memenangi special package yg berharga RM2999.00 utk 3 barang iaitu induction cooker, hifi speaker & pressure cooker.. pada mulanya mmg kami keberatan utk percaya perkara tersebut, tetapi promoter mereka mmg sngt2 handal berlakon. lakonan mereka mmg sama seperti yang sahabat2 ceritakan di atas. mereka berlakon kononnya pakej hadiah itu tiada dlm list mereka & mereka call bos utk confirmkan perkara itu..mmg betul2 kami tertipu dengan lakonan mereka..akhirnya sy & tunang buat keputusan utk beli juga barangan tersebut kerana memikirkan kami akan berkahwin tidak lama lagi & kami mmg memerlukan brg2 tersebut.. tetapi apa yg sy ralatkan ialah, dalam hati sy sudah terdetak yg perkara itu mmg tidak logik, ttp sy x menghalang pula tunang sy untuk swap card credit dia.. dan yg paling saya ralat adalah, sy tidak menggunakan handphone sy untuk search dulu product aowa di internet ketika berada di kedai tersebut, tetapi di fikiran sy, sy akan search apabila tiba dirumah nnr..mmg itu yg amat sy sesalkan.. dan sekarang, apabila sy search di internet & terjumpa blog ini, sy mmg sngt terkilan..
soalan sy sekarang:
1) adakah saudara sudah menggunakan products yg saudara beli tersebut? bagaimana dgn kualiti products tersebut? sekiranya ok, sy tidak akan berasa ralat sngt.
semoga saudara sudi menjawab persoalan sy ini kerana sy mmg sangat tidak berasa tenang sekarang memandangkan kami bersusah payah kumpul duit memandangkan majlis perkahwinan kami akan berlangsung dlm 3bulan lg..tetapi kami boleh belanjakan duit tersebut dalam sekelip mata..tetapi sekiranya products tersebut ok, sy bersyukur..
tq so much =)
terima kasih diatas komen dan pekongsian kisah saudara/saudari..bagi saya, sebenarnya kita membeli product mereka dalam keadaan kita tidak sedar, dan sekali gus belanjawan kita lari dari asal..maksud sy kita tidak terfikir untuk membeli barangan tersebut dan kalau harga barang itu mengikut harga asal kita tak mungkin membeli barang tersebut..contohnya harga induction cooker dlm RM1+++, ianya mahal kan..tetapi digabungkan sekali dengan barangan lain untuk mencapai harga RM2500, dan dikatakan harga rm8000..kita merasakan ianya satu loteri hebat..jadi kita terpedaya..ini bermaksud tipuan berlaku..kalau aowa mberitahu harga kesemua barang itu adalah RM2500, sudah tentu kita tidak membeli kan..
menjawab ptanya saudar saudari..
1. saya hanya mengunakan pressure cooker dia saja. dan setakat ini periuk ini memang berkualiti..tapi disuruh membeli dengan harga rm600, sy tak akan membeli periuk ini..INDUCTION COOKER PULA,,, ianya memang berkualiti..tetapi kamu hanya boleh memasak dengan mengunakan peralatan tertentu saja, yakni kamu kena membeli barangan mereka..kalau kmu gunakan periuk atau kuali biasa, ianya tak bfungsi..RUGI KAN..satu lagii..ianya kuat guna eletrik..DAN..kalau barangan ini rosak..kamu akan susah dapatkan Pbaiki semula..dorang akan selalu kata spirpart belum sampai dan tak ada..
KALAU kmu ada mencari di internet, kamu akan dapati ramai yang cuba melelong produk aowa..kerana apa ?? kerana Peralatan mereka tak sesuai untuk kegunaan harian..kan baik kalau pakai yang manual..pakai GAS saja..
kalau Vakum dia pula..ianya mudah ROSAK…
KALAU hifi SPEAKER DIA PULA..dia kata berapa ribu entah..mungkin RM3000 kan…sy pun lupa..daripada kmu beli hifi dia..bagus kmu beli speaker di kedai biasa yang besar dan kuat dengan harga RM1000 >…lagi puas hati..speaker dia xkuat pun…nampak jer canggih…
sekian…
Tuan…saya dah kena tipu tuan…sakit jiwa ni…rasa maok jual balit jak mun x lelong di Mudah…pls advise tuan…uhuhuhu…vacuum dan induction cooker RM 2290…bgs lg beli aircond…rs cm gila ada juak tok…
ya lah kmk madah..hati -hati ngan orang yg mok bagi ktk hadiah..beribu gik ya..mun ktk mok, lelong di mudah.com..jual sparuh harga..
saya pon baru sedar yang sya telah ditipu.sya beli brangan aowa pada bulan februari ketika di oneborneo, lebih kurang rm5k jugak hbs..dan ade lagi brg yang saya blum dpt disebabkan ketiadaan stock. boleh tak sharekan macam mane nak buat aduan dkt pengguna? selame nie sya tak penah pecaye bile promoter2 nieh bg brg free…tp taktaw lah kenape dengan sya time tuh…mcm kne pukau. sedih betul!
Saya pun terkena dgn brand frico. Selama ni tak pernah layan hantu2 tu buat promotion. Tanggal 18 sept 2011 tu entah macam mana macam kene pukau je…melayang rm3299..dah ambil borang aduan tribunal pengguna, tapi boleh kah aku menang kes ni sbb aku sedar selepas ditipu….
saya semalam betul2 hampir kena tipu, tinggal satu langkah je lagi.itu pun harapan terakhir saya.kalau saya betul kena tipu, saya kena buat repot polis,mereka layan atau tak, itu belakang citer.berdekatan ngan perumahan saya,ada kedai FRICO baru buka kat kuching sarawak.niat nak g kedai lain,tapi terserempak promoter nih.macam kawan lain,saya biasa tak percaya benda percuma nih,tapi ntah semalam saya boleh layan gak promoter nih. mereka guna taktik terkejut,call bos diorang,then konon saya dapat mikrowave percuma cost RM3000.nasib baik saya tak bawa keta,dia nak simpan terus.alih2 saya kena beli induction cooker,kalau beli induction cooker saya dapat free vacuum.mereka minta kad kredit,saya taknak, mereka kata nak cek jer kalau saya layak jadi pelanggan istimewa mereka.rupanya dia call bank bagi detail kad saya pastu cakap saya nak beli barang cost RM2000.masa tu saya tersedar saya kena tipu,saya kata tanak beli apa2 saya terus keluar.saya terus g bank,bank cakap FRICO dah swipe kad saya, 2 KALI lagi tu, total RM4000.saya bengang,saya balik kat kedai tu suruh cancel,dia kata dia cancel sebab saya tak sign aper2 lagi.tapi saya masih ragu2.kalau lepas ni statement kad kredit saya kena charge oleh FRICO..siap.,bukan polis ngan tribunal agi saya repot,saya repot kat TV3 terus.apa kata2 kawan2 kita bersatu,sebarkan berita penipuan syaikat ini.mereka makin hari makin kaya.cuba cek website http://www.frico.com.my mereka kata dalam 3 tahun jer dah dapat keuntungan RM10 juta.aku sumpah2 semua staf mereka biar mati seksa.
aku setuju-setuju..kelemahan kita orang malaysia ni adalah terlalu baik hati sangat.walau dah kena tipu beribu2 pun masih nak berdiam diri jer. taknak fight balik at least report police..mmg la polis maybe tak buat apa2..tapi kalau dah byk sgt report pasal company ni maybe nanti dorang akan take note n siasat..melampau sangat syarikat2 macam ni dah bertahun2 pun still beroperasi lagi..sebab apa? sebab xde org nak fight dorang betul-betul kat mahkamah..kalau kat negara2 maju mcm london mmg dah lame kena ganyang kompeni mcm ni sbb dorang sgt penting kn hak pengguna..aku rase sape yg penah kena tipu pakat lah ramai2 pegi fight dekat mahkamah..mintak balik duit korang dari kompeni tuh..kiter keja siang malam bkan senang nk dpt duit.lagi2 kalau duduk kat bandar2 besar..so pertahankan hak korang pegi fight balik…jgn bagi diorang ingat kiter ni bodoh..
dulu mak ayah aku pun slalu kena tipu dgn kompeni2 mcm ni..time tu aku still sekolah lagi.nak dekat 2-3 kali la kena tipu..tipu pulak kaw2 punyer..dekat berpuluh ribu bapak aku habis total semua penipuan dier penah kena..sebenarnya kalu nk elak terpengaruh dgn promoter2 penipu ni senang jer jgn dgr dier cakap apa kalu kau dgr mmg rasa cam nk terpengaruh jer sbb dorang mmg dah dilatih bercakap n menipu.. sekarang ni bila aku dh besar la ni aku mmg dah immune dah dgn kaki2 penipu ni..try la approach aku mcmane pun sikit pun aku tak tergoda..aku bgi dier balik ader la..pernah satu kali tuh masa aku still student U aku n kawan aku diapproach oleh sorang promoter yang umur dalam lingkungan 40-an..dier sibuk tarik2 aku dan kawan aku masuk kedai dier…aku malas nk layan sebenarnya tapi mengenangkan dier org tua aku pun msk la..aku ingat aku nak layan kejap je makcik ni tapi terlama la pulak kat kedai dier..sbb apa? sebab makcik ni tahu kitaorang dpt biasiswa rm 5ooo satu sem so dier tercengang dan bermulalah agenda dier nak memperbodohkan kiteorng sbb tgk kiteorang ni budak2 mentah lagi..sebenarnya aku memang nk bangun dh tapi kawan aku ni naif sgt maybe dier rase tak proper makcik tu tgh cakap kiter blah macm tuh je..kwn aku palk naif sgt makcik tu tanya dpt biasiswa berapa dier terus ckp dpt rm 5000 satu sem..aku dh jeling kawan aku tuh buat apelA ko bgitahu..tpi dier tak paham jelingan aku..lepas tuh makcik tu mula mengauta kiteorang secara agresif.aku rase mcm nak gaduh je dgn dier..lepas tu dier mintak kluar IC aku taknak kluarkan tpi kwn aku cpet kluarkan aku pun kluarkan la walaupun hati rase berat jer..yelar senang je nak bgi IC kat org mana boleh..lepas tu makcik tu pun isikan borang berdasarkan IC kitaorg..lepas tuh dier mintak kad bank pulak..hati aku mula la dah panas ni..aku bgi hint kat kawann aku dari awal2 lgi suruh blah dier taknak blah x paham2..makcik ni pulak makin melaampau sape kau nak mintak kad bank orng..aku taknak kluarkan tpi kwan aku kluarkan kad bank dier bgi makcik tuh..makcik tuh pun amik pastu dier kluarkan satu mesin ni letak kad bank kwn aku kat situ then suruh kwn aku msk kan pin no..aku tak bleh sabar dah terus bangun dgn lajunya nak blah dh tapi kwan aku still duduk taknak bangun…aku suruh kwan aku amik kad dier then dier amik..makcik tuh xnak lepas kan kwn aku then dier ckp perli2 kat aku awk taknak xpela makcik x kisah awk pegi biar dier tinggal sini..aku ckp dlm hati byk cantik muka kau ,ni kwn aku mestilah aku kena tolong dier xkan aku nak tinggalkan kat sini kena tipu dng kau..lepas tu berlaku lah adegan tarik menarik antara aku dgn makcik tuhh..tarik sape? tarik kawan aku yg masih naif tu la..dlm hati aku geram gak dgn kwn aku tuh aku ajak blah tu blah je la..x paham2..tpi kesian plak kat dier yer lah kite same2 student duit harapkan duit biasiswa tuh je la..mana ade duit lain lagi..dlm hati aku mmg curse makcik tuh kalu ko ader anak kat U, akan ader org buat anak ko macam ni, baru ko tahu..n finally aku pun berjaya la tarik blah dari kedai tuh n membuatkan makcik tuh membenci aku..hahaha..aku pun apalagi bagi lecture panjang la kat kawan aku tu..aku kata kalu org tanya duit ader brape jgn bgitahu,n jgn skali2 bgi kad bank tu keje gila tuh kalu mak ayah ko tau mesti kena marah tau tak..well tu la citer budak baru nak dewasa pun org nak amik kesempatan tapi Alhamdulillah walaupun bapak aku ditipu berpuluh ribu tapi dpt jadi pengajaran kat aku yg masa tu baru nak kenal dunia luar ni mcmana..
salam……..wow mujur lah saya mendapat binbingan seorg rakan yg mrujuk hal ni kat IT,dan nasib saya baik cuma tertipu rm50 je…….bayar utk diposit..,mulai kini dan insyaalah selama-lamanya saya takkan pecaya dgn penipuan aowa….dan seangkatan dgn nya.semoga allah s.w.t lindungi hanbanya daripada pekara mcm nie.amim.
salam..semalam sy pun dah kena tipu dengan aowa juga..diorang punyala pandai pujuk suruh kita beli barang diaorang..mula2 tu diaorang ada swap kad kredit saya,lepas tu saya cakap x nak..dan dia cancel balik..tp akhirnya terbeli juga microwave oven..yg saya heran harga brg tu 2998 tp at last kurang jadi 1300,dia siap call bos di kl kata saya je dpt harga camtu ..saya dah ‘ter’buat bayaran 100..saya cakap nak bincang ngan hubby dulu..promoter tu kata kalau x jadi beli duit x dikembalikan tapi kena ambil barang gift yg harga 100 ++ je..risau la pulak bila dah baca komen2 you all..nak beli ke tak microwave tu..ada cadangan..
sakura..kalo kmu nak guna microwave, tpulang pada kmu..logik ka microwave tu harga beribu ringgit..
bagus ambil microwave yg murah d gaint..sama juga fungsi nya..
thanks atas nasihat tu yer..betul gak apa awak cakap..baik saya pegi survey jenama lain..
relax…. All of you cuba korg pikir.. Kalau org ragut orang… p pkul trus ada tndakan .. Tpi ne kes tipu orang arie2 pihak yg dharapkn x amik tindakan pa2 mksudnya??? Company yg buka kdai ne mmg da ade link ngan phak yg ttentu la tue… Renung2kn
haha…baru dpt tau yg aku pon kne tipu jugak..beli dapur AOWA RM2800 kat Jusco Sermban 2…pastu diorng bg hadiah set kuali (diorng ckp harga RM25++) pressure cooker ngan rice cooker…last skali langganan majalah NONA utk 1 tahun…mula2 mmg aku ngan husband menolak jugak nak beli sbb kitorng dah bayar deposit RM300 kat kedai lain utk beli dapur gas biasa + hood…tp promoter tu siap bg balik deposit tu kat kitorng..last2 beli jugak..pastikan crite2 macam ni tersebar especially kat tv…x pon Aduan Rakyat kat TV3…
emm…apa yg diceritakan ni lebih kurang pengalaman yg pernah sy alami… pandai betul dorang berlakon ya…. tak sangka betul strategi dorang menjadi..at first tu.sy rasa ada yg tak kena…lepas tu,dorang trus pujuk sy sampailah sy termakan pujukan mreka….konon2,sy dapat cabutan bertuah melalui gift yg dorang bagi… tak sangka ni,sy dpt barangan nya cuma RM 2999 sedangkan harga asalnya RM8999…. sy dah tertipu… pas tu sy dah bagi deposit RM100… rugilah sy…walaupun RM100,tp siapa nak bagi free2 duit Rm100 tu??? mereka senang2…so,mcm mna la sy nak ambil balik duit tu???rugilah duit sy terbang melayang mcm tu je…tp,melalui pengalaman mcm ni,sy dpt pengajaran spya tdk mudah tertipu dgn pujukan2 pemasaran….hish…geram jugak dibuat mcm tu….
askum.. sy pun dah terkena.
hampir 6k…dah la kena tipu, dapur & penapis air 1st time pakai dah rosak. 2 minggu lepas microwave pulak yg rosak. bila hntr utk repair siap suruh beli brg lg ckp point dah layak la.. kalau beli brg, microwave yg rosak tu, dorang bole bg yg baru la.. benci betul.. rasanya mmg patut ganti yg baru. pakai xsampai 5 kali dah rosak. dah la menipu brg pun xada kualiti!!! ada sesiapa yg tahu apa yg patut sy buat??? tq
salam..
so mcm mna brang2 tu semua ok x?? smpai skg ke oawa x layan… aduhyaiii sy pn bru jer beli 2 hari lepas…
saya lagilah kena. first rm2+++ di giant tawau. sekali p hadir cabutan bertuah di karamunsing plaza, kena lagi. pandai bah diorang tu. tapi sebenarnya barang diorang tu bagus jugak. hanya induction cooker & periuk belanga steanless jak sy jarang pakai. tapi yang saya puji banyak pressure cooker. masa masak yang cepat. walaupun tidak secepat yg dcrita promoter tu (masak nasi 15minit konon). tapi sekurang-kurangnya, sup kaki ayam, tulang lembu, rebus kacang tanah hanya makan masa 30 minit. sblm ni sy masak benda ni lebih dari 5 jam. tupun masih keras.
oleh kerana RM7+++ dah kena, sy tak nak hadir p one borneo tgk cabutan bertuah. sakit hati saya. kalaulah saya boleh katakan ‘TIDAK’ kepada promoter yg kononnya saya ‘bertuah’ tuu…
Sialllll punya AOWA!!!!!!!!!!! Saya pun ada kena ni. di 1Borneo, dekat Giant..Saya dan seorang kawan..dapat free gift.shopping bag. then promoter aowasial tu nak minta komen ttg barang2 mereka.. Dalam gift tu ada kupon.. Kawan saya dapat kupon “THANK YOU”. Saya dapat kupon “TAHNIAH”. They pura2 terkejut, telefon supervisor lagi..siap bagi saya bercakap dengan supervisor tu lagi. Then they angkat smua barang yang saya menang and letak depan2 saya. punya lah excited. Saya masih simpan resit tu.. Ni detail promoter tu!! NAMA: AZMIE NORDIN, 0178286583. Siapa yang suka sangat memaki tu,tolong lah saya maki orang ni!!! Sakit hati sangat..~ huhhh!!!
hi lynn,
dapat barang apa? berapa kena?
haiya…rupanya suda ramai yg kena tipu ni..tidak kira pangkat & kedudukan, tua atau muda… Ciss betulll… Sebenarnya, saya pun kena tipu..tapi berbaloi la kena tipu sebab menang hadiah lucky draw.. Puas hati…
wah!.. tahniah arr… saya punyala berdebar tempoh hari, harap dapat… rupanya, x dapat2 juga. sudahlah datang dari jauh… bayar tiket bas, bayar sewa hotel.. terbelila pulak periuk kuali satu + tv lcd samsung 32in kerana mo memperbanyakkan penyertaan. saya rasa dorg x sempat isi tu borang dalam kotak sebab pengacara mo announce tu pemenang2 suda ba… ada gak rasa kecewa dan diri tu bodoh sangat masa tu. hihi..
Hi Lynn,samalah kita di tipu oleh org yg sama.Sampai skrg penapis air yg drg tipukan sama saya tu belum pernah di servis lagi,sebab mau tlpn pun tdk dpat,website haram tiada langsung.
Pingback: Interruption in The Mall « my unspoken minds
Saya mendapat cabutan kupon dengan hadiah 7 barangan utama, (rm7000) kemudian promoter contact headoffice to confirm, pengesahan dari head office mengatakan saya hanya boleh ambil 2 barang percuma tetapi mesti beli satu barang dengan harga rm3000. Saya memgucapkan terima kaseh dan berlalu dari situ, promoter mengejar saya minta kupon dari saya samula, saya katakan ini satu penipuan dan saya ingin lapurkan kapada polis, mereka memaksa saya memulangkan kupon walaupun sekeping kertas yang tidak beharga, mengapa?? perniagaan aowa memang satu penipuan.
orang orang di semenanjung banyak dah kena, dah faham dah. orang di sabah dan serawak hati hati lah. yang mana dah kena tu buatlah polis report, polis tak layan pun tak apa, kalau banyak yang report satu hari nanti tindakan akan di ambil, mungkin di belakang company ni orang orang kuat politik, susah dan ambil tindakan.
tapi, kalau tengok di tawau. suram-muram da aowa ni… sebab barang yang sama hanya beza jenama, duk sewa lot jual barang kat sebelah aowa. dah tu, jauh lebih murah….
saya pun dah kena kt GIANT TAWAU tahun 2008..byk duit melayang dkt2 RM5+++. kalau kes tahun 2008 boleh lapur kat tribunal pengguna ke? sakit hati betul
..well..actually barangan aowa ni tak lah teruk sangat..kualitinya semua ok…cuma cara paerniagaan mereka ja yg ramai tidak suka..tapi kadang2 walaupun ramai yg tahu taktik syarikat ni,,masih ada pelangan yang mau membeli brnagn meraka..disebabkan kualiti barangan trsebut..sya sndiri pun sdah guna brngan ni..so far so good..dah dekat 3 tahun still ok..sebenarnya bukan semua promoter aowa atau yg seumpamnya teruk..kadang2 ada juga promoter yg jujur..cuma promoter yg pntingkan komisyen saja yg selalu tipu untuk dpt untung lbh..kalau ikut betul,harga sesetengah brngan aowa ni bersesuaian juga dngan kualitinya..sebab tidak ada barangan yg tidak akan rosak..tngok dari cara pengunaan kita juga..bukan nak sokong aowa lh tp kalau di fikir2 kan..kira berbaloi juga offer yg mereka bg..cuma tngok dr cara mereka mempromote..kalau sdah smpai memaksa..boleh ambil tindakan..lg pun kalau nak ckp mereka ni tipu…well…kita bayar tapi barangan mereka bg juga kan..lain lah kalau kita byar rm2k,5k,6k,10k..barangan tak dapat..itu kira kita punya kesilapan sendiri lah..then if company ni penipu why company ni sampai skarang if msh ada?coz barangan mereka memang sudah diiktiraf dan berkualiti…so renung2kan..
saya setuju dengan pendapat andre. barangan aowa sgt ok. hanya induction cooker tu mkn karan sikit. soal tipu menipu tu bg saya xla. hy mereka guna strategi atau taktik yg dilatih kepada mereka untuk menarik pembeli. kebanyakan pelanggan tidak puas hati sebab otak mereka berjaya dikawal oleh promoter sehingga x boleh berkata apa selain senyum dan bayar…
Terima kasih kerana berkongsi pendapat disini..
wah padan lah masa saya x nak beli tuh dia mintak balik kupon tuh kat saya, tpi mmg barang dia nmpak best.. induction cooker, air purifier ngan air tapis 3000 rasanya cam murah jew…tapi xdew duit tuh yg x beli, tpi taktik dia mmg sebijik kol bos, bagi saya cakap, buat2 tkejut mmg btol blaku…
astaga! saya baru ari ne terbaca o ne ceta..sa pun dapat kono baucer yg sa dapat tu 3 barang..induction cooker,cooker set,multi purpose cooker..suma rm2999..sa tertarik dorg minta deposit rm100..so,,saya bayar la..jd baki sa perlu bayar rm2899..prometer dia cakap pas kamu ada duit kamu bole bayar ansur2 or bayar cas..saya kena ne td dekat 1 borneo..hampir sama jak kesah saya dengan kamu ne..siap dia kuar kan barang2 tu kat depan saya..:( aduh..cam na la ne..saya da terima o td..
subhanaallah ye x nihh aowa??
lpas sy beli,sy ade dgr jugak yg oawa ni mcm ni, tp harp2 x la kn.. but??
adoiii kalau cam tuhh rm2999 4 brang, hancuss la mcm ni… sume da setle sy beli. ampess la mcm nih.. lgsung x patut, sy pn dah tertipu cra lakonan diorg… so what cant i do now?? helpp…
Wa..banyak juga tu..tapi xpa barang dia ok la juga..cuma budget bulanan kita terlebih lari daripada biasa..Sebenarnya barangan tersebut kita x terfikir pun nak beli, tapi tbeli..INGAT ya..anda bukan nya dapat hadiah percuma beribu ringgit, tapi membeli beribu ringgit..Sabar saja lah..anda boleh lah menjual balik barangan tersebut, kalau anda pandai anda juga boleh mengaut keuntungan daripada barangan tersebut, untung sikit la..
mmg aowa penipu besar!!
kurang ajar la AOWA ni.. sy pun kena!! RM500 lesap! dan sy merancang utk tidak melunaskan baki RM2400 lg.. sa haramkan duit RM500 tu.. mudah-mudahan pekerja yg tipu sy tu akan kena balasan yg setimpal.. walaupun begitu, sy anggap ini semua pengalaman dan mengajar sy untuk lebih berhati2.. AOWA sial.
Ish..ish..ish.. macamana korang leh tertipu? depa manis mulut..korang Lebihhhh laie kena manis mulut…
aku lepak lama jugak kat kedai AOWA tuh .. mendengar cerita cerita yg sunguh enak sekali…beserta dengan cabutan bertuahnya.. oh sungguh bertuah sekali..aku telah memilih pakej yg amat murah… bla..bla..bla… call boss… aku pon cakap ngan boss dia… dia berlakon..aku pon berlakon la..ingat salesman ajek reti berlakon?
nak buat beli beli barangan yg kita tidak perlu even kononnya murah? kalo kita perlu pon… bila kita tgk barangannya kita sendiri boleh menilai ianya berkualiti atau tidak… tgk dulu barangannya jangan main sweppp ajek CC tuh… bengong betul! sebarang janji manis promoter tidak boley dipakai … kita BERHAK UNTUK DIBERI MASA UTK BERFIKIR! balik buat kajian bukan main sweppppppp ajek jam tuh jugak! Seperti jugak pangilan telifon suruh kita sign up itu dan ini.. saya punya polisi takan sign up apa2 hanya dengan melaui pangilan telifon..musti tgk term and condisi dan pemplet dll. Di kedai pon sama.. Kita hendaklah diberi masa utk fikir dan kaji.. sekurang2nya esok dtg semula utk bayar jika berminat.. Ini tidak.. memaksa kita beli barangan beribu ringit jam2 tuh jugak.. takpon kena deposit ratus2 ringit… hellooooooo… buat keputusan dengan bijak!! menolak pon kena bijakk!!
last2 aku berambus ajek dr kedai itu dengan alasan2 yg jitu dan mmg product depa mengarut dan harga tak masuk akal. Kualiti barangan hancur… aku blah dengan amik free gift botol air dan beg… dah depa kata kalo dengar depa jual air liur akan dapat free gift…so aku amik even aku tak beli hapah pon.
Sekian bebelan saya.
cisssssssss aku n bini pun kena tipu jugak…sama seperti cerita diatas.peristiwa berlaku 17 mac 2011 di pasaraya everise sarikei sarawak..nasib deposit rm100 je…nak tanya boleh ambik balik ke duit deposit tu…kalau tidak bayar ansuran adakah semua hal setle????….geram geram….
saya sudah kena tipu.. dah 7k++. hope bole tolong mcm mane nak buat.. kalo tau camtu aku buat down pamynet kereta aje. please
saya baru kena ni tadi.adoiiii tolong!!! di 1Borneo!! dekat giant. masa tu mau p tengok wayang dgn kawan2, saya tggu dorg, dorg di guardian. pastu saya kena bagi tupperware yang konon utk menyokong ‘go green’. mula2 saya tolak suda, tapi dorang cakap ambil jak. bila saya pegang, terus dia cakap, minta bagi komen untuk support promosi go green dorg. pastu dia tukar tupperware tu, then ada voucer dalam tupperware. Saya dapat induction cooker yg baru (3stove)+ pressure cooker yg hrga spatutnya RM4087, jadi rm1699. dorg trus dengan gembiranya mengucapkan tahniah, sebab induction cooker 3 stove ni baru ja 3bulan dikeluarkan, dan saya pula kononnya bertuah dapat diskaun sebanyak itu!!!! macam cerita smua yg tertipu di atas, sy pun tertipu jug. dorg suruh sy byr rm500 utk bw balik pressure cooker, tp sy ckp xda duit, so dia ckp ba byr rm100 ja dlu, utk deposit, nnt boleh datang dan byr penuh.konon dia bagi tempoh sampai hujung bulan. betul2 xsempat mau fkir owh masa tu, saya pun dlm keadaan mau rushing, n dorg pun mcm push suruh trima twrn tu, sebab kalau sy xmau, dia mau bg mama dia voucher tu, jadi siapa la xmau kn.ishhhh, trus sy byr RM100.
bila kwn sy telefon (sebab kami lambat suda, wayang start suda), sy bgtau sy menang. then dia ckp jgn trtipu, tp masa tu suda sy byr.huhu. bila sy jumpa dorg balik, tny bole cancel ka, dorg ckp xbole, kalau mau, kena ambil brg yg hrga 100..arghhhh tolong sy..bulih tuntut balik ka tu duit tu? atau berbaloi ka sy teruskan pembelian RM1699 tu??? sbnrnya mmg dari dlu niat mau ksi beli mama, itula sy jadi sangat2 excited mau beli, dapat murah lagi tu kan (kunun)..huhu..tapi bila baca crita2 di atas ni, xtau suda ni mau truskan pmbelian ka, biar ja duit tu lesap ka, atau p mengamuk p sana utk tntut balik duit tu..tulung sa…………….huhu
Eeee…memang bodoh la promoter AOWA. sy pun kena tipu ms bln 1…agak2 la…sy yg masih student pun, diorg paksa n pujuk sy beli barang AOWA. mula2 diorg suruh sy byr rm3999, sy ckp xnk la…mane ada duit…kan masih student..pas tu duorg berkeras gak, suh byr rm2+++…sy ckp xmau….xde duit…lastly, diorg push n pujuk gak sy utk beli barang tu….dgn deposit rm1300. ms tu, sy langsung xdpt berfikir…seolah2 diorg kuasai sy ma tu…bila balik ke UMS, br sy dpt berfikir, n sy x perlu barang2 tu…bikin geram la dgn AOWA. gara2 kes tu, sampai skg sy blum dapat bayar yuran pengajian. sy langsung x bgtau family pasal ni…takut kna marah. skg ni try jual barang2 tu, tp msh blum ada yg mau beli…boleh lg ke buat report kes yg bln januari??sy mau balik duit sy 1300 utk wat bayar yuran…..
salam,
sy dr labuan br beli td dkt 3k…induction cooker, periuk stainless steel, jug filter, pnapis air ngan pengukus tu (pressure cooker)…ntahla..mmg mahal gila2 brgn tu..hope skg ni benda tu tahan lama..duit pmbelian hasil titik peluh…if rosak drg x ganti mmg report dkt tribunal pengguna nti..x ksh mcm na taktik dorang jual barangan aowa tp jgnla tiruan @ sekadar gred AAA..Mudah2an semuanya baik..Aminnnn
jgn risau aishah. barangan aowa yg kamu beli tu semuanya ok. sebab sypun pakai produk yg kamu beli tu.. tp saran sy, induction cooker tu pakai semasa habis gas saja… sebab dia makan karan sikit.. tp, kalau dah ‘cun’ pakai induction cooker ni memang ketagih… sayangnya dia mo pakai periuk belanga jenis stainless steel saja x kirala dari produk aowa atau jenama len. pressure cooker pulak memang jimat karan. pas tu cepat masak. terumatama macam saya yang selalu rebus kacang tanah, masak sup kaki ayam, sup tulang, bubur kacang dan bubur nasi. memang best…
saya pun ade gna jgak brangan aowa pertama kali 2 mmg sye ade rase kne tpu gak tapi lame2 sye mula terpkir…mgkin ini strategi marketing kot sbab brngan dia agak mahl jgakla x taw la cina ke jepun ke?smua brand skang same je pun ade da buatan cina..sye puas hti dgn layanan mesra promoter dia…
aku pun baru je terkena tadi….celaka tul….
kah kah….
tau dah cara diaorang berniaga. akupun baru je beli beberapa barang… mmm, kebetulan mencari barang dapur electric. tak guna lagi, tapi kalo ikut dari segi pakej tu… oklah kot he he.
seronok cara promoter berlakon kan?..surprised sana surprised sini. Apapun perlu dipujilah adik2 yg jd promoter tu. sebabnye diaorang muda2 dah belajar bekerja tuk cari makan. Dari duk menganggur n melepak. ye tak?..mana2 yang rasa tertipu tu, redha jelah sebab kita juga yang terleka dgn nafsu promosi n hadiah2 he he.. mana2 yang tergoda dgn awek2 promoter yg manis tu nasib badanlah ye.
aku pun dah beli brg aowa..sbelum beli pun memang dh tahu taktik mereka ni..bnyk kwn selalu buruk2kN..tp buat2 tak tau juga..SELLER AOWA siap salam2 n bersorak lg..aku senyum2 buat tak tahu ja..kira cuma nak servay ja..tp bila dapat offer byar 3k dpat 5 free..aku beli ja..aku bagi hadiah sempena MOTHERS DAy..coz my mom memang minat..brg ni memnag berkualiti dan berbaloi ngan harga dia..bila saudara n kwan tahu aku beli brgan aowa..ada yg ckp aku bodoh lah coz terpedaya n tertipu..ada yg sibuk@minta puji nak tlng return brg aowa yg aku beli n ambil balik duit aku,,LOL!..aku memang tahu pun taktik dorang..tak salah pun beli brg aowa ni..semua bisnes pun tak ada yg jujur ma..mesti ada pusing juga untk untung..bukan bodoh atau teda otak..tp beli kalau perlu..law tak mo beli tak pyah keluar duit coz akhirnya salahkan pihak lain atau penjual…jadilah pengguna yg bijak..sekadar berkongsi…
Saya pun terkena juga di AOWA Bintulu…Tapi x apa saya halalkan makan minum budak2 promoter tu….strategi marketing mereka yang memang memaksa kita untuk membeli semua walaupun kita x berniat. Saya tetap gunakan produck mereka & kalau less than 1 year ada problem. saya akan complaint ke Tribunal pengguna kalau service after sales mereka x memuaskan…itu saya yang kita dpt buat…
So disini saya ingin mengumpul nama mereka yang pernah terkena di bintulu…kot-kot kita boleh bersatu untuk menghadap mereka.
sy br terkena d parkcity mall bintulu…tp yg dorang semapt ambik ialah nama penuh…ic number n tepon number…adakah dorang akan menyalahgunakan informasi itu??? rasa tak sedap hati..nk pegi balik esok boleh tak???nak koyak kan kertas tue or bagi balik hadiah dia ..n mintak cancelll…mcm mana ya???
saya pun baru terkena..mcm mana nak dapatkan balik duit saya..saya dah habis banyak duit…tolonggggg..skrng dkat akaun saya tggl rm300 jee..!!! habis duit saya beli barang aowa…
itu taktik dorang jak tu… bukannya dorang boleh buat apapun… kecuali kol kamu kalau berminat mo beli.. itu jak… kalau xpun dorang kol sb mo bkenalan. hihi
sy bru “terkena” d tempat yg sama! jas terima jer la nih sbg pengajaran….jangan terperdaya lagi, klo boleh elak,elakkan lah! hemm…geram juga rasa d hati…rm 2k++,dapat 4 items…harap2 ok lah semua product tu,klo rosak pun,kira nasib juga! jas wait & see,sampai bila ketahanan product2 ni!
kahkah aku bru je kne td.. nsb bek byr deposit je rm100… baghdad betol la geng aowa! hahaha
wah ramai juga yg tertipu oleh cik manis Aowa ni kan…saya selama ni tak pernah layan brg free gift yg promoter bagi, saya baru semalam hampir tertipu.. saya kat bintulu sarawak,, cik tu bagi free gift,, suruh masuk beri komen survey pasal produk… bla bla bla (hampir sama mcm statement diatas) ,, tak dapat free gift dgn senang sbb kena beli barangan promotion rega rm2+++ jugak.. sedang mereka berlakon saya sms suami suruh masuk kedai.. diaorang ingat saya mau beli,, tapi saya pura2 bincang dgn suami.. yelah saya kan isteri kena minta izin suami kalau nk beli brg2 mcm ni.. bla bla .. mereka pujuk suami suruh beli.. boleh installment lah..mcm2 mereka pujuk last2 suami kata tak mau.. trus suami angkat.. saya pun angkat .. buat muka sedih2 tak dpt ambik+beli … salam2 tgn chow le… lepas tu suami kata lah mana ada benda free kat dunia ni…. semua tu tipu…semua kupon tu mmg sama mcm tu… bila fikir balik betul juga kata suami.. nasib baik tak terkena… hmmm. ingat tadi free betul2.. ingat diri sungguh bertuah ,. lepas ni aku tak nak limpas kedai tu lagi.. aku nk sebarkan penipuan mereka ni.
boleh cuba. tapi yg pasti dorang x kan refund walaupun sesen…Cadangan saya kita komplain dekat aduan rakyat, tribunal pengguna pasal dorang punya produk terlalu mahal yang sebenarnya kalau kita beli satu2. cabutan yang menang n buy 1 free 2 itu cuma gimik saja. x diketahui maklumat, service centre tidak ada…bagus pergi Amway or yg lain….Ban AOWA..
Huhu..aku kena tipu jugak!!!Kito Bakor kea kedai Aowa tu..
macam cerita hantu mak limah balik rumah pulak ya…
Hye semua,bile bca komen semua bru tw kena tipu. same kes dengan you all,bile fikir balik memang x logik dapat hadiah free,pastu harga barangan mahal nak mampos xpecially Vacuum. Memang menyesal teramat sangat.Belajar sampai ke London sekalipun boleh kena tipu dek promoter yang hanya hanya pangkat spm. Huhu… Duit abiz melayang,malas nak fikir nilainya..memang pas nie fikir nak jual jea. Nak tanya kepada yang telah menggunakan produk mereka,adalah produk mereka berkualiti??????? Tapi heran jugak kan kenapa cawangan mereka semakin berleluasa? Jadi selepas nie aku akan kan sebarkan kepada semau kekawan n ahli keluarga agar x kena tipu..seperti kata Gila Aku itu,kite bakor jea kedai Aowa!!!!!!! i support u,bile hangus semua barangan mereka,mereka pun rugi besar…
ya, betul tu JJ. kebanyakan pembeli datang dari orang yang tinggi akademik. pas tu course yg canggih-manggih lagi. paling saya ketawa, kalau orang tu ambil course bisnes tapi terkena jugak, hahaha….
sebenarnya, produk aowa tu best jugak… nak tau? saya da beli pressure cooker kali kedua dari mangsa yg xmo guna(rm100 je). saya tau kehebatannya, saya beli dan bagi hadiah kepada adik saya yang baru mendirikan rumah tangga. kalau nak beli dengan aowa, dorang xmo turunkan harga. dorang mo juga jual rm560. ish.. nasib ada kawan yg xmo dia jual kepada saya. tu pun berlaku tawar-menawar dan saya dapat SERATUS RINGGIT.
huhu..sy urg sabah.. bapa suda pencen.. kami ni x kaya bh.. miskin seja.. tp bapa sy ni ada kad kredit masa dia muda n bekerja dulu.. sy kesal dgn taktik org yg x fikir kesusahan org lain.. suka tipu2 org.. hari ni kali ke2 bapa sy beli benda yg sama.. harga 2650.. tp di home e-tech putatan.. tu ari beli d frisco ka apa tu.. kunun durg buat kerja amal (tp guna taktik sama jg) 2889 ilang.. so total up mau dkat 6000 jg bapa sy rugi.. rasa mcm mau bunuh2 itu org pun ada.. sy dpt tau sj td trus sy menangis2.. kasian oo bapak sy.. apa2 pun mdh2an org yg hidup guna cra bgni ni.. klu dorg ada kluarga.. kluarga dorg x pernah aman.. atau lg bagus… durg tu tau mkn sedap2 lpas dpt duit.. dorg xtau yg org yg dorg tipu ni ikat perut mau byr hutang.. sy doakan mereka yg bekerja gini ni.. klu tua terbiar.. klu ada anak pun cacat.. klu ada cucu biar sindrom.. cian bapak aku.. makan batu lah kami ni Y_Y sapa mau beli induction cooker? ada dua suda d ruma kami ni…
kesian jugak… sypun org sabah… susah jugak… dulupun sy beli pakai kad kredit. tp skarang baru bebas dari hutang kad. sblm ni teruk juga kena caj bunga. memang sangat menyusahkan. sekali ada duit cukup, tiga2 kad saya pulangkan( masa tu, hutang saya lebih RM10,000 sebabnya beli barang aowa dan tiket sekeluarga p smenanjung untuk menghadiri konvo). sekarang saya hanya pakai kad debit sahaja. memiliki kad kredit, hanya akan menyusahkan hidup jika pembayaran penuh tidak dilakukan segera.
sekarang, ekonomi sy xla teruk sangat. dengan modal yang sedikit, saya sudah boleh berniaga. bohongla kalau saya kata saya jutawan sekarang seperti Puan Bahagia yg glamor sekarang di Sabah ni. sana sini jumpa flynya. dorg cepat jadi jutawan, sb modalnya besar dari rm500 – rm7000 lebih. paling teruk, kalau mangsa di bawah(downline) xdapat mencari mangsanya(downline baru). saya hanya join BioAsli, kosnya rendah, dapat untung runcit, komisyen, penghantaran produk pun bukan kita yang buat. kita klik2 jak. memang sesuai untuk org yg baru mo berkecimpung dalam perniagaan IT ni. hanya ini sahaja yang boleh saya percayai.
pengalaman saya dalam bidang Multi Level Marketing dan jualan langsung sgt lama. jd saya tahu selok belok perniagaan ini. saya belajar cara2 mereka mempergunakan peserta atau yang dikenali sebagai egen jualan mereka. untuk pengetahuan kamu, sy jugak pernah terjebak dengan sistem piramid dan seumpama dengannya. juga kehilangan duit sebab tidak mahu mencari downline kerana sedar bahawa perniagaan tersebut x betul, menyalahi undang-undang dan x halal( sebenarnya saya memilih jalan saya apabila tiada/mati sama ada mo ke syurga atau neraka). akhirnya, semua perniagaan tersebut saya tinggalkan kecuali satu, BioAsli.
saya tidak berniat menggunakan ruangan ini untuk berbicara mengenai bisnes ini. hanya kebetulan terbaca perkataan ‘orang susah’ barulah saya mengajak kamu join saya. sekiranya kamu berminat, copy paste saja link ini ( http://www.bio-asli.com/bioasli/bioasli.asp?id=junainahm2002 ) di browser baru dan daftar percuma dahulu. jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah email (junainahm2002@yahoo.com) kepada saya untuk sebarang kemusykilan yg dihadapi. saya sedia membantu kamu. : ) saya doakan semoga kamu berjaya dalam hidup. amin…
kepada IBAN2U dan subcriber lain yg terbaca ruangan ini harap maaf dan jangan marah ya….
saya pun terkena juga dengan AOWA… memang sial la… giler punye lakonan bikin org percaya
Salam, Saya pun terkena di Parkcity Mall Bintulu, Sarawak, semalam 11 Jun 2011… modus operandinye sama je.. saya xde lah berniat pun nk beli, cuma lalu kedai tu sbb nk singgah gi kedai kasut kat depan tu… mood sy pulak baik masa tu, jd sy layan je lah mamat tu nk demonstrate, dia kata nk isi nama utk list pelawat yg dtg kedai tu, tibe2 dlm bag ada free gift voucher, siap call boss lagi kata betul ke saya punye voucher tu menang RM9000+…. Saya pulak dah teruja… wah… it happenned so fast, tibe2 dh swipe card credit.. RM2899… beli Good water system (filter water) tu, dpt free induction cooker & stainless steel cooking set.. tu pun dia hampir dpt tipu saya buat kali ke-2, bile diorg call boss diorg utk bgtau bill kat resit saya, saya terpilih dlm 20 yg bertuah utk jadi VIP member, terus dpt 11000 point.. diorg congratulate saya, n puji2 saya murah rezeki, bla.. bla.. bla.. tp, nk jd vip member ni, nk completekan 11000 point, kena beli another barang (air purifier) yg akan dpt free home theater and vacuum cleaner.. saya dah mula suspect, xkanlah rezeki terpijak byk sgt… n sy tanye, sy kena byr ke utk jd VIP ni.. diorg kata, akak beli brg ni, akak jimat 7000 points sbb akak bertuah.. then, sy kire dlm hati.. aku beli ni, dh dekat 5 ribu nanti.. trus sy tolak, xpelah dik.. akak dh beli dh tadi yg rm2899 tu, akak xnak lh jd vip.. xnak belanje byk sgt.. at last diorg pun agree je lah bile sy mmg xnak jd vip… then, diorg nk hantar ke kereta saya brg2 tu… saya ckp kt diorg, xpe.. tinggal dulu situ, nanti sy amik.. sbb nk beli kasut dulu (hajat utama saya dtg ke Parkcity Mall sbnrnye nk cari kasut..)Kat kedai Bata tu, sambil2 pilih kasut, saya call ayah saya.. mule2 sy tanye ayah saya pernah dgr jenama Aowa tak? ayah saya ckp xpernah… then, sy cite kat ayah saya ttg apa yg berlaku.. saya xckp saya beli.. ayah saya ckp, tu semua tipu.. ayah saya kata, kat Johor (hometown saya), slalu berlaku mcm tu.. ni kes tipu.. free gift tu dh inclusive dgn harga RM2899, mana ada water filter sampai dekat 3 ribu.. Bio aura pun RM1 ribu lebih je… ayah saya suruh cancel credit card transaction…
Terus saya call cimb, cimb kata cuma diorg je yg boleh swipe utk cancel transaction. Terus gi kedai diorg, ckp nak cancel… diorg tarik sy gi blkg, diorg ckp mana boleh cancel sbb dh settlement.. depan diorg saya call cimb card center… 2 kali call depan diorg n syukur cimb card center mmg tau kes2 fraud ni.. n cimb suruh diorg unswipe… cdgn cimb ialah push diorg utk call maybank (diorg pakai merchant Maybank), then maybank call cimb utk cancel transaction… diorg xnak buat sbb diorg kata diorg promoter je, bukan boss… saya call ayah saya, ayah saya ckp ngan diorg.. ayah saya kata akan buat report polis, etc…
akhirnya, diorg agree utk cancel… tapi… diorg suruh sy isi form recommendation form knp sy reject brgn diorg… sy dgn emosi terus tulis.. n diorg fax pd headquarters diorg kat sabah.. diorg kata tunggu hari isnin ni (13 Jun) utk urusan cancellation… n resit saya yg kata stock clear pun diorg dh padam, dan akhirnya dengan izin Allah, saya berjaya buatkan diorg agree utk cancel barangan tu….
saya call cimb utk further checking, so far cimb mmg dh take note ttg masalah saya ni, cimb kata.. selagi diorg tak claim jumlah ni, cimb xkan bayar, jumlah RM2899 ni masih floating lagi.. saya cuma hrp, diorg tak claim je lah.. cimb kata diorg xleh buat apa sbb diorg mode of payment je..
Apa2pun, smlm saya dh buat report polis.. so that saya ada bukti hitam putih yg diorg menipu dan utk gertak diorg kalau diorg paksa saya amik brg2 tu blk… tp, smlm sedihnya, masa tgh report polis tu, saya baca lah recommendation evaluation form yg diorg mintak isi knp diorg reject… ada satu term tu kt blkg form tu… katanya lebih kurang ttg cancellation.. buyer xleh cancel kecuali kalau company agree.. if company (aowa) agree, buyer kena byr 20% for administrative purpose. Saya kira 20% tu RM567.. gile mak aih…
xpsl2 kena byr RM500… saya bgtau ayah saya, ayah saya kata brg pun xguna lagi, apanye nk byr 20%… camni rupenye diorg tipu kite ye… Doakan urusan saya esok nk gi jumpa diorg si Aowa penipu!!!
salaam..sy br terkena dkt parkcity mall…tp deposit rm500 je…cemane ni…tolongggggggg
kahkahkah lawak2… sy pon bru je kne td kt park city mall…. nsb baik xbg swipe kad kredit je… tp terbayar jgk deposit rm100 hahaha… kompem sy xkan g tuntut brg2 tu… halalkan sajalah deposit tuh.. nsb baiklah dorg lyn mesra giler td… cukop padat dgn aksi2 terkejut dan suprisenye… bahgia sgt rase dilyn sebegitu, umpama dunia ni ana yg punyaaa! hahaha. tak terkecuali jgk dosa kering dpt coz slm ngan pompuan promoter yg bertalu2 mngucapkan tahniah… aishhh… Ya Allah Ya Tuhanku… lindungilah hamba mu ni dr segala kejahatan.. Amin..
Alhamdulillah… Saya dan insaf tadi dah pegi ke tribunal Bintulu… pertahankan hak pengguna!!
TL raiders, kalo dh terbeli tp tak amik barang lg bole refund lg ker??? saya pon dah kene tipu kt parkcity mall td
sy pun rasa tertipu, tp setakat ini sy mggunakan product aowa masih bertahan, kdg2 semua bisnes ada teknik dan cara sendiri, bkn saja aowa.. lain brand pun sama, kdg bila sy fikir dapur yg saya guna tu pun boleh bantu seisi keluarga, mengelakkan dr kebakaran berbanding dapur gas biasa… kdg2 sy fkir kalau hari ini org ramai dapat myelamatkan nyawa kami sekeluarga x pa tp sy rasa berbaloi jgk mggunakan barangan ini walaupun ada sedikit teknik yg rasa x puas hati, mybe sy xla tertipu sampai barangan dia x bg….. tp alhamdullilah setakat ini sy mggunakan sda hampir empat tahun lamanya… sebagai pengguna kita jgk bijak memilih barangan yg dapat membantu seisi keluarga dan kehidupan seharian.. kalau nak kata teknik penipuan semua jenis bisnes ada mggunakan teknik masing, cuma kita tak sedarinya… sy jgk sbagai bisnes women, sy xdapat blame mcm tu saja, tp kita kna nikmati dan rasa produck aowa…. jikalau x benar, dan xdpt membantu kita, itu la namanya penipuan…
janganlah berfikiran negatif, apalah kita sedekah hari ini, duit itu takkan bawa ke mati, kita sedekah pun dapat pulangan balik, kepada yg menggunakan product jenama aowa ataupun jenama lain, buat apa mahu menyesal dgn keputusan yang kamu sudah buat, sy satu family pun ada gunakan product ni, memang ada teknik tersendiri setiap bisnes, ayah sy seorang bisnes man…. ini ada la cara bisnes,
oih cik abang cik adik befikir jangan mendengarkan perkataan dari orang lain, jadilah diri sendiri……
kahkahkah lawak2… sy pon bru je kne td kt park city mall…. nsb baik xbg swipe kad kredit… tp terbayar jgk deposit rm100 hahaha… kompem sy xkan g tuntut brg2 tu… takpe kan kalo x g tuntut? halalkan sajalah deposit tuh.. ermm nsb baiklah dorang lyn mesra giler td… cukop padat dgn aksi2 terkejut dan suprisenye… bahagia sgt rasenya bila dilayan sebegitu, umpama dunia ni ana yg punyaaa! hahaha. tak terkecuali jgk dosa kering dpt coz slm ngan pompuan promoter yg bertalu2 mngucapkan tahniah… aishhh… Ya Allah Ya Tuhanku… lindungilah hamba mu ni dr segala kejahatan.. Amin..
dh la cantik2 promoter tu kan.. takpelah baru rugi rm100 dari beribu riban..
di sini cuma nk brtahu….sbum kita buat satu keputusan trutamanya melibatkan wang….kita sbagai manusia yang mmpunyai akal dan fikiran blh membuat tafsiran drpada apa yg kita lihat. so crita di atas ni, atas kslahan sendiri…( pendapat je )..brplajaran tinggi pun x guna klau kita x gnakn akal dan fikiran ( btul x )….beli la brangan yang patut je…sblum mmbuat pmbelian itu kita harus la slidik 1-2hari baru wat kputusan…slamat bramal….
wah ramai juga yg tertipu oleh cik manis Aowa ni kan…saya selama ni tak pernah layan brg free gift yg promoter saya baru semalam hampir tertipu.. saya kat bintulu sarawak,, cik tu bagi free gift,, suruh masuk beri komen survey pasal produk… bla bla bla (hampir sama mcm statement diatas) ,, tak dapat free gift dgn senang sbb kena beli barangan promotion rega rm2+++ jugak.. sedang mereka berlakon saya sms suami suruh masuk kedai.. diaorang ingat saya mau beli,, tapi saya pura2 bincang dgn suami.. yelah saya kan isteri kena minta izin suami kalau nk beli brg2 mcm ni.. bla bla .. mereka pujuk suami suruh beli.. boleh installment lah..mcm2 mereka pujuk last2 suami kata tak mau.. trus suami angkat.. saya pun angkat .. buat muka sedih2 tak dpt ambik+beli … salam2 tgn chow le… lepas tu suami kata lah mana ada benda free kat dunia ni…. semua tu tipu…semua kupon tu mmg sama mcm tu… bila fikir balik betul juga kata suami.. nasib baik tak terkena… hmmm. ingat tadi free betul2.. ingat diri sungguh bertuah ,. lepas ni aku tak nak limpas kedai tu lagi.. aku nk sebarkan penipuan mereka ni.
Setelah terpedaya saya tidak lagi membeli belah di shopping complex. Hanya membeli belah di pasar dan kedai runcit sahaja. Fuh !!! Celaka betul.
alamak adakah saya juga dah tertipu ni tapi jln cerita semua sama…cuma sy dpt 3 brg dgn harga 3000…tapi dah swipe card credit la…
saya pun terkena pada tahun 2007 rasanya. sama seperti cerita di atas. rugi juga dalam rm2800 rasanya. punyalah geram sampai sekarang saya tak guna lagi barang tu ( penapis air + microwive ) letak dalam stor jak malas nak guna. benci betul aku rasa rezeki pekerja aowa semua tak halal sebab jual barang dengan cara menipu…
hahaha…adushh….aku pun baru je terkena…naseb baek…rm100 jek..deposit, tapi banyak gak tuh…sape nak bagi free2 rm100 kat kite kan??…salahnya sikap kita jugak org malaysia nih…dah kena ribu2 pun tak fight pun…senyap kan diri jek…kalau report ngan tribunal pengguna agak2 bleh dpt tak? ataupun buang karan jek..makin naik lemak la penipu2 durjana ni berleluasa….sesuatu harus dibuat bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa keadaan…apa pandangan anda2 semua??
Saya pun dah kena. mengikut apa yang dikomen di atas mengenai brg2 diorag, itu yang rasa x best sbb barang xda kualiti. kalau ada, xpe je. kalau barang mereka berkualiti, kita semua x kesah kan?
Saya ada beli aowa ni, dan pakai kat rumah… bayar dlm rm2500 untuk cooker, microwave and steamer. Case saya lain sbb memang tgh mencari inductor cooker untuk rmh baru, (modern kitchen) style. so, mungkin sbb saya memang tgh mencari induction cooker so promoter tu tak payah promote kuat sgt kot… dah rezeki depa la… so far memang pakai OK, tapi weekend je la, sbb weekday kerja. Cuma lepas beli tu baru perasan ada jenama2 lain yang offer product yang sama, kalau check ELBA or some other normal brand harga boleh dapat lagi murah, tapi kalau tgk yang branded mmg mahal.So, my advice kpd yang terbeli tu, boleh pakai saja, cuma kena biasa kan diri dgn induction cooker ni, first 3 cook memang HANGIT sbb tak reti adjust power and temperature dia lgi, after that should be OK.
Now, i tgh mencari stainless steel cookware, kalau ada you all nak jual, i’m willing to buy at RM400. Dulu ada orang let go kat mudah, tapi dah terlepas, ada org lain beli dulu. Let me know yea, i’m interested.
preferably COD area Selangor or KL, sbb benda tu i know memang berat yang amat
scares courier charge mahal giler pulak.
Just post your comment here, if you want to sell the cookware to me.
bye.
CM mana nak dapatkan balik duit 2…masalahnya saya sudah ambil barangan yang mereka..??
rugi la saya RM650.00??Tolong bantu saya??
sy dah tnya kat balai polis tadi,,kbtulan abg saudara kja mlm tdi..dia kta klau brg dh ambil,,mmg xdpt balik la duit tu,,klau blum dpt brg tu mgkin ok gak dpt ambik..sya dh buat deposit RM200 jer,,byk gak tu,,boleh buat service krta lgi..so abg sy ckap,,dia suruh sya refund rm200 tu balik kat diorg,,dgn alasan kluarga sya xbminat dgn brgn korang..jiklau diorg xnak,,baru boleh bawak pegi balai buat report dan dptkn RM200 tu balik..(dgn syrat jgn bgtau kita dh tnya pegi balai,kita tnya promoter aowa dulu)..
CM mana nak dapatkan balik duit 2…masalahnya saya sudah ambil barangan mereka..??
rugi la saya RM650.00??Tolong bantu saya??
punya la best d’puji2 tahnia..tahnia..tahnia..anda menang..hahahhaha??
mcm2 la d’ckp…..
semuanya same jer taktik dorg,sy pn bru terkena,..nsib baik sy xmntak suami byr guna cek,..nampaknya dorg memang dilatih untuk menipu,..begitu hina pekerjaan dorg ni..wlpun rm50 tp bila ingat diri tetipu mmg menyakitkan ht,..nsib baik suamiku berkeras tak mahu bayar,..rs bersalah juga kerana mendesak suami byr deposit rm50 tuh..klau tak memang dorg tak berjaya menipu dgn aksi2 lakonan mereka yang memang keterlaluan tuh..jahatnya manusia hr ni,menipu untuk mendapatkan duit..
Kenapa semua orang marah-marah?
Apa yang dilakukan oleh AOWA adalah strategi pemasaran sahaja. Sememangnya anda semua lah yang penakut dan terlalu cepat terpesona untuk mengeluarkan wang dan kemudian rasa menyesal. Kalau tidak mahu membeli, pergi sahaja. Katakan tidak dan berlalu pergi. Biarpun muka muka promoter AOWA yang terkejut BERUK tu konon konon anda bertuah pada hari tersebut.
Persoalan saya adakah barangan AOWA tidak berkualiti? Untuk makluman semua ibu saya pernah membeli induction cooker keluaran pertama. Sehingga hari ini masih digunakan. Masih elok. Saya juga menggunakannya sewaktu menyambung belajar kerana ianya senang dan bersih berbanding dapur gas. Keluaran pertama ini sudah hampir 10 tahun usianya. Masih elok!
Tahun lepas saya juga telah berbelanja RM 2999 utk 1 induction Cooker latest AOWA model, 1 Microwave Oven dan 1 air purifier. Ya saya akui saya juga telah didatangi promoter AOWA seperti anda semua. Saya beli semua ini di Bintulu. Siap register VIP promotion lagi.
Kemudian saya berbelanja lagi RM 2899 utk 1 Home Theater System, Goodwater system (penapis air) dan 1 lagi air purifier. Saya sangat suka dengan kesan bunyi dari AOWA home theater system sewaktu di kedai itu. Disebabkan Bintulu hanya tempat saya bekerja, saya telah membuat arrangement utk mengambil barang2 ini di Semenanjung.
Saya juga percaya ada sesuatu terlindung daripada cara penjualan barang2 AOWA namun mengenangkan kualitinya, saya sanggup menghabiskan duit. Memang agak mahal walaupun selepas diberikan ‘ diskaun ‘ beribu-ribu ringgit. Hehe. Bagaimanapun saya belum menggunakan Microwave itu lagi. Tetapi yg lain lain memang saya berpuas hati. Terutamanya induction cooker. Sangat bergaya. Hahaha. Siap ada tempat Grill. Canggih. Janganlah rasa hampa sekiranya anda telah membuat pembelian. Nikmatilah hidup. Gunalah sampai rosak.
Cerita saya belum habis, tapi komen anda adalah dihargai. Terima kasih.
nanti kalau susah nak repair, barang gantian susah nak cari, jangan marahkan orang yang dah nasihat ye. syarikat AOWA di KBMall dah ada problem sekarang. faham-faham jerlah.
Suka, beli product dan pakai sendiri. Cakap cakap kosong tiada guna.
memang mula2 rasa teruja itu ini. bimbang takut menyesal je nanti…memang pakai sendiri sebab itu dah jadi barang kita, tapi kalau dah rosak, hak kita untuk repair. tiba2 hak tadi dinafikan atau banyak songeh. so, barulah tahu camne…
Selamat Sejahtera semua, saya antara mangsa yg kana tipu oleh ne sindiket mengelirukan customer aowa… sama juga cerita macam yg kana tulis di atas.. saya kena di karamunsing end of 2006.. dan dua hari lepas tu baru saya sedar sbb tebaca d internet.. apa lagi bukan men marah saya tp apa buli buat salah saya juga yg excited kunun.. jd bermula 2007 saya sudah pasang azam mo dapatkan semula tu duit saya rm1800 bikin beli tu periuk…hampir setiap hari saya limpas sana tu kadai dorg d 1B. karamunsing dan pernah juga di giant tawau mo ambil dorg punya freegift tu.. lepas tu saya jual balik tu payung, mug, gelas, tupperware di sana tamu 10 menggatal… sampai sekarang saya sudah dapat balik duit saya hasil jualan rm1385.50….so ada lagi berbaki rm414.50….saya akan teruskan sampai saya dapat untung pula dari korang… saya rasa tindakan saya x salah kan bukan saya curi dorg yg mo bagi… payung-rm7-10 mug-rm2.50-3.50 tupperware-rm5.50 mug besar – rm5….kotoh ko aowa
baru je td terkena kt ec mall ktn,, huhu nasib baik deposit rm50 je..mula2 diaorg minta rm300, tp pikir punya pikir saya minta rm50.. siap saya minta free gift lg dapatla payung kaki..baki rm3150 lg mmg sah2 x byr dah lepas ni..sbb ingat nk dtg blik minggu dpn untuk swipe cc. blik umah bkak intnet jumpa blog ni br rasa sah kena tipu.. kira burn je la duit deposit tu cuma nasib baik dpt payung cover gak dlm rm20 beb
hi..
off topic sket. masalah saya skang ialah saya menyewa satu rumah dan tuan rumah tersebut menyediakan aowa induction cooker untuk kemudahan penyewa. sebulan saya sewa rumah tu dan baru je beberapa kali guna, induction cooker tu rosak. masalah saya sekarang ialah tiada kedai elektrik yang mahu baiki induction cooker tersebut. saya cari outlet aowa dan cuba google branch dia kt internet tp tak jumpa. ada sesiapa yang boleh bagi saya nombor telefon aowa tak?
Aowa dn arezzo adlh bos yg sma utk pgngetahuan smua..
aku pun terkena juga kat 1b, niat nak hadiahkn mamaa tpi huhuuhuu. bkn rzeki kott. student pun bole kena tipu. sakit aty n x abis fikir mcm mna ble ditipu sdngkn slama ne x pena nak pcaya bnda2 yg mcm tuh . bodooo aowa ne. rm 300 melayang nasib baik ada bawa brang balik lau x sia2 ja. huhhhhh. sodihnyee. :”’(
nasib badan. =(
Saya sokong kata2 dari tuan/puan ‘tertipu’ di atas :
sama je jalan cerita yang diberitahu……………………sangat sama.
saya kena 22.02.2012 East Coast Mall Kuantan Pahang.
mcm ne yer kita nk tumbang kan company mcm nie..
pada siapa nk adu yer..
kalo tribunal pengguna bukan ke untuk tuntut barangan.. tp nie KES TIPU
saya pun sama terkena jgk kat East Coast Mall kuantan pada 12 mac & 15 mac .Jln citernya sama je dgn kekwn semua. tp pagi td sy dah buat report polis & petangnya p tribunal pengguna lak. polis x dpt buat apa2 jika kt x buat laporan….so penting kekwn semua buat report kat balai polis & tribunal pengguna di situ je kt blh mengadu masalah kita.
23/02/2012. Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.
Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999
Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. xpenah tgok lagi copun mcm nie. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di HQ , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar dan keluaran terkini secara percuma.
Promoter itu terus beri h/p itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 20keping dalam Malaysia.
Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Siap bergambar dan bersorak, riuh kedai tue ms tue.
Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di HQ. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 6800 yang layak lagi memenagi hadiah.
Mereka beritahu kalo saya dapat 10,000 point akan dapat barangan lain home teater dan set memasak. Tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka. Mereka kata saya dan keluarga duta. Kami diberi kad VIP dan terangkan faedah dan lanjutkan temph varanty tanpa hitam putih.
Saya keluar duit lagi. Pastu bergambar dan mereka bersorak dan berteriak sakan.Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.
Dalam kereta saya dan keluarga berfikir. Suami kata mcm berlakon jer dorang, jadi suami saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.
Beg Hijau ???
Sama lah dengan aku …………… Beg Hijau ini boleh aku isi dengan dabai (dompet), telefon bimbit.
Beg Hijau ntah ke mana …. RM798 aku dapat hutang terbang.
aduhhhhhhhhh…… aku pun sama la.. serius aku bkn jns yg suka layan promoter2 nie. tp xtau lah, aku leh terjebak ke dlm kancah cilaka gini. pihak yg berkaitan x nk ke g round2 ke g try2 ker…. org awam dh kene,xkan org yg duk keje brjawatan tggi semata x nk tolong memantau kpd permasalahan kami sejagat.
barang dia ok, tp harga sebenar lbh rendah brbanding hrga yang dicanagkan.
patutlah x bagi katalog, katanya stock katalog dh agih pd cust hr ni..
tp nk di ikutkan kes ke atas cmpany ini masih lg ligat wlaupun dh bertahun lama nya. lihat lah komen2 di atas, ni blm lg komen yg bg mereka xtau mcm ne nk luah…(mcm org2 lama laaa…)
teruk! mcm main ilmu jer depa!
laarhh. . sy pown dh kena. . but sbenar nye. . xde ape pown. . just teknik busnes jew ..law ikut kn blek biase lh dunia busness…but at least brgan like induction cooker 2, massage chair 2, sy dh guna kn dr 2thn lps gak. . xde ape pown. . still bleh gune alhamdulillah. . nk kecoh sgt pesal?ermmm. . .manusia skunk cm 2 lah law nk cpt kaye. . tp ok ape. . beli brgan rm2000+ & dpt free pn brg bernilai rm2000++ gak. . law ikut kn nk dpt dua brg skali gus cm 2 mmg jwb nye kne kuar kn budget rm4000++ gak. . tp nie. . like buy 1 free 1. . sng citer. .
emm…jika benar crite AOWA ni sume betul…
maka tertipo lah aku juger…
cilaker punye owg,,,
saper2 yg rs tertipu,korg pg/tel KPDN,lg rmai yg mngadu mkin lg cpt pihak berkuasa ambil tindakan..sy dh bt aduan,korg ble??
setuju sgt2….bagi sesiapa yg pernah kena tipu kena ambil tindakan bagi mengelakkan lebih ramai yg menjadi mangsa.. baut laporan polis/ KPDN/ Aduan Rakyat tv3…lagi cepat lg bagus… selamat berjaya semua..
sy & wife pn terkena masa kami bercuti di Sabah bln lps….kami dh failkan kes ni ke Tribunal Tuntutan Pengguna…..cuma mslh kami adlh kes ni kena dengar di Sabah….tp kami di KL……tp kami dh cuba rayu utk tukar kes pendengaran ni ke KL dan bg reason yg logik la…sbb kami pnya tuntuan rm2899…….kalo dgr di sabah….x berbaloi la……
klu nk failkan ke Tribunal tuntutan Pengguna mcm mna cranyer?
klu dh buat aduan tu, ada depa ambik action x?
kes sy ni kat kuantan…AOWA East Coast Mall…
pendekatan yg digunakan utk tarik org rmi time tu Bumi Hijau…
aku yg semmgnye ade hti cme nk dgor crite2 bumi ijau2 ni..
alih2 tmasuk prangkap diowg…
sedeyyyyy aaaaaaaaaaaaa…………
terima kasih info ni… sama kes… pasal telefon bos tu mmg sangat sama… mgkn diorang sudah hafal skrip lakonan penipuan ni.. nasib la masa tu bapa saya secara automatik sedar yg diorang tu menipu sebelum kmi buat bayaran apa2 pun.. secara terus juga bapa saya ckp dgn diorang “penipu”… dpt percuma cawan aowa kmi trus beredar.. bbrpa hari lepas tu cawan tu pun pecah (mgkn tanda-tanda yg mmg diorang tu penipu)…
jln cerita diorg ni mmg sama je……xpe r…aku mmg x halal kan satu sen pun duit kami yg diorg amik…di dunia dia blh lps kot…2ggu di akhirat nanti ada pembalasannya…….doa org teraniaya besenya akn termakbul..ko 2ggu r balasan sbb menipu org….
Kalau adik saya tak terkena tadi @ Mydin Mall Penang, saya tak tau pon kesah ni. Tapi hari ni saya dah tau. Rupanya…. ramainya yang dah terkena. Dan dah lama ianya berlaku. Nape perkara sebegini masih wujud walau dah ramai yang terkena. Nape pihak berkuasa tak dapat bertindak…. Yang penting kita sebagai pengguna kena mahir mengawal perasaan.
Wah.. bila baca dr atas sampai bawah.. suma taktik promoter AOWA sama. Adakah mereka di ajar benda yg sama? Mereka tu manusia biasa juga tp tergamak betul nak menipu even deal dgn saudara mara? Sungguh xberperikemanusiaan. Lagi satu, kebanyakan yang kena tipu ni mesti
student ang amik bachelor atau yg dh bekerja. Adakah mereka membuat analisis tentang betapa mudahnya untuk menggoda jiwa para mangsa tersebut?
I sedih juga sebab termakan dengan pujukan rayu+vocher ribu2 dorg tu.. I geram sgt dgn diri boleh2 tertipu dgn promotion gila2 tu.. Even byr RM50 sbg pendahuluan ttp masih rasa diri terlalu lemah lg dalam bab menolak penipuan yg berbunga2.
Memang xmo jeling2 kedai+promoter AOWA lg.. siap la kalau dorg berani2 mo tegur2 promote2.. Ugut bgtaw polis baru padan dgn muka dorg tu. Especially, AOWA sebelah Giant 1B tu.
Btw,thanks 4 the sharing. Seriously it help. Semoga kita yg pernah tertipu akan lebih bijak dealing with anything like this in future. God Bless
saya baru kena beberapa minggu lepas..nasib baik jugak cuma rm50 je pendahuluan. dah nak sambung bayar dah semalam.tp taksempat. nasib baik terbaca pasal penipuan AOWA ni hari ni. teknik yg diaorg gunakan pd saya mmg betul2 sama mcm yg u cerita. mmg sbijik sama…
Ya Allah… sy pn kena tipu la. jln cerita mmg ‘copy n paste’. Bodoh nya aku, kurang asam pnya mamat n minah promoter tu. Tanggung la dosa kau menipu aku.. Pandai plk gtau tipu tu berdosa. Sy lg beribu2 kena tipu, korek habis duit ASB. Konon2 nya sy dpt mewakili bhgn utara utk cabutan bonanza hjg thn ni. 5 peserta saja utk 5 hadiah. Bos dia call katanya, 1st prize apartment 400k, 2nd- kereta alphard, 3rd- Audi full accesories, 4th- cash rm50k, 5th- cash rm10k. maksudnya setiap peserta akan mendapat salah 1 hadiah tu. sape x terbeliak biji mata dgr mcm tu kan… jahat pnya manusia.. melayu islam plk tu. kenapa la sy br terbaca semua ni setelah semuanya terjadi. Aarrgghhh… stressss!!! Ya Allah tolong la hamba mu ini…
ya Allah, sy telah terkena…
alhamdulillah,sempat baca post ni…
x la rugi sgt..
nak report tribunal lah..
thank admin…
yess!! saya dah terkena! ….terkena sehingga peringkat utk dptkan cabutan bonanza (ahli vip.point 10k).SAYA TERKENA (jika betul AOWA MENIPU) di AOWA, STARMALL MENTAKAB.
saya dah call promoter (CECELIA namanya), saya CAKAP KEPADA CECELIA tu yg yg saya dah baca beberapa aduan psl sykt AOWA dan modus operandi mereka, saya akan siasat dan sekiranya ada keraguan saya takkan teragak2 untuk buat report polis dan tribunal pengguna. TERGAGAP PROMOTER TU NK BERCAKAP. Then saya say bye2 n matikan talian. KITA ADA HAK SEBAGAI PENGGUNA KAN?…
cik mya: sama la ngan saya, depa kata sy akan mewakili bhgian utara utk cabutan bonanza hujung thn ni., skrg br tau depa penipu besar. tp sy x tau nk buat camana.. Rm6k rugi utk produk yg x berapa penting sbb brg2 tu semua sy dh ada cuma jenama lain je. menyesal yg teramat sgt, hanya Allah yg tahu. bila tgk je produk tu, sakit hati giler2 rsa..
saya juga telah terkena tipu pada 11.5.2012 di Alor Setar… saya swipe kad kdt rm2000 .. ada lagi baki rm999 saya cakap saya nak bayar ansur-ansur… dapat 3 barang, dah amik 2 barang
( penapis air dan microwave oven), owing 1 lagi barang (induction cooker) … saya takkan bayar baki rm999 tu dan tak akan tuntut induction cooker tu… cuma masalahnya sekarang ni, berkualiti ke microwave tu? sama macam leez, depa kata saya akan mewakili bahagian utara untuk cabutan bonanza hujung tahun ni… siap ckp saya dilantik jadi duta lagi… huhuhu sedihnya dahla sakit hati nak bayar kad kredit, kena marah dengan suami lagi….
ramai jgk yg terkene rupe nye…aku bru taw…maslah nye aku pn jd mangsa….
hahahaha sumpah lawak gle baca…sbb ape yg saya kena sebijik btol2 sebijik mcm yg crite nh…baca smpai tergelak2 bila ingat balik diorang bersorak sbb menang buat2 terkejut, call boss diorang bg phone kt kita sume bagai…bodo gle la diorang punya cara nh…menipu x ingat…nasib baik sy google aowa nh dlm kdai die dpn2 diorang, jumpa blog nh…baca tajuk dpn penipuan aowa trus blah dr kdai die and ckp nk tanya mak saya dlu…lpas baca full story nh sumpah gelak kaw2 sbb mmg sebijik ape yg diorang buat…thanks a lot for da writer coz save my money!