adat iban dan kesenian


sumber asal :http://www.freewebs.com/etnik-iban/

Peralatan Muzik masyarkat Iban

Peralatan muzik tradsional masyarkt Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.

Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian

Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.

Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.

Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.

Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

About these ads

About Timberland J

SALAM 1Malaysia, terima kasih kerana telah berkunjung ke laman ini..APA pendapat anda tentang artikel ini ?

Posted on 08/01/2011, in dunya iban. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. terima kasih saya ucapakn..daripada artikel2 yg diberi diatas,saya dapat mengenali dan belajar tenteng adatiban dan keseniannya….

  2. terima kasih kerana poskan artikel ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 69 other followers

%d bloggers like this: