Kisah penipuan aowa dari sabah | awas penipuan


Post dan komen dari blog ini..sila baca dan beri komen..

Saya pun tertipu dua kali pada masa yang sama ceritanya begini saya keluar dari super market Hiap Lee Keningau tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan botol air dan memberikan secara percuma lantas membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk memberikan komen tentang barangan Aowa. Selepas memberikan komen, promoter itu terus menghulurkan borang dan meminta saya mengisi maklumat kerana memberikan komen barangan Aowa. Bagi menghargai komen yang saya berikan lantas mereka memberikan satu tiket bertuah dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenagai tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM100.

Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di KK , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar secara percuma. Promoter it terus memasingkan handphon itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah minggu ini, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 5 keping dalam Malaysia.Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.

Tetapi promoter menyatakan saya tidak boleh bawa pulang hadiah tersebut sekiranya saya tidak membeli barangan Aowa yang berharga rm 2000 ke atas lantas menghulurkan jenis barangan tersebut dan mencadangkan saya beli dapur memasak yang mengunakan elektrik berharga rm 2898. Saya katakan pada mereka tidak mahu beli kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu pada masa itu dan akan membeli lain hari tetapi promoter itu menyatakan hadiah yang saya dapat tidak boleh dibawa pulang sekiranya tidak membeli barang aowa pada hari itu juga, .promoter yang ada di situ menyuruh saya memgunakan kad kredit . Akhirnya saya terpaksa mengeluarkan kad kredit. Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di KK. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 7000 yang layak lagi memenagi hadiah. Hadiah yang saya dapat kali ini ialah 2 barangan Aowa juga bernilai RM5888 tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka.

Kali ini suami saya pula yang mereka suruh guna nama untuk membeli barangan tersebut, belum sempat berfikir, mereka balik-balik minta kad kredit, akhirnya saya bagi balik kad kredit tadi. Kini jumlah wang yang digunakan ialah RM5786. Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.Sesampai di rumah, lebih kurang setengah jam lamanya saya kembali berfikir atas kemenangan hadiah tadi. Di fikiran saya logikkah ada penjual yang memberikan hadiah seperti itu. Untuk mendapatkan kepastian saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.

Apa yang saya rasakan di sini ialah:-

1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.

2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.

3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.

 

Tinggal komen ya..

36 thoughts on “Kisah penipuan aowa dari sabah | awas penipuan

  1. Saya pun baru terkena..rasa macam dipermainkan. tp mungkinkah itu taktik dia melariskan barangan..mereka semua seperti sudah diajar..patutla ramai yg berasal dr sabah..rupe2nye di sabah sudah lama berleluasa..what can we do about it..i’ve spend 6K for aowa..what can we do to help others

  2. salam..kakak syapn dari tawau dah terkena..tapi dia xble lagi..cuma dia deposit je..rm 50 bap dia nak minta izin suami dulu..mula-mula tu mmg dia seronok..eyalah,mana taknya..bila suri rumah menang sesuatu dunia dia punyalah..jadi dia call lah sya yg kat kl ni..syapu rasa pelik..eyake?betul ke?itu yg ada dlam kepala sya..kakakpun ceta..sama mcm akak kt keningau kena ni..jadi sya tnya jenama kakak ckap aowa..sya cubalah tgok kat internet.yaallah..rupa-rupanya itu cuma tipu..sya call kakak..sya bacakkan utuk dia,kakak cuma diam..jadi sya ckap dng dia jgn beli bap org tu bagi dia tempoh sebulan..bila2 masa je boleh dtg..nasiblah rm 50 klu lebih..tapi rm50 tu susah nak cari..kesian kakak sya

  3. memang dorang penipu…
    dulu saya pernah hampir kena dgn dorang ni masa di kk. tapi saya kesan awal penipuan dorang ini semasa dorang cuba buat panggilan tel. ketaraan menipu….so saya tetap tak mahu..tapi saya dapat la hadiah yg dorang bagi tu…..jgnlah terpedaya dengan hadiah2 yg dorang tawarkan..

  4. salaam. bagaimana saudara selesaikan masalah tu?guna sahaj produk itu atau claim dengan mengadu kepada persatuan pengguna? sy dh terkena…

  5. selamat sejahtera kepada kepada saudara da saudari,fuhh sungguh banyak komen2 anda terhadap jenama aowa ni erk..saya juga adalah salah 1pengguna d antara kamu..saya memiliki produk aowa since 2009..semua produk yg saya guna masih dalam keadaan baik saja,tapi kenapa ada yg guna jenama ni pakai sekejap je da rosak sedangkan saya guna dah berapa tahun still in good condition..tentang tektik2 yg d heboh2kan tu waktu saya buat pembelian juga adalah sama seperti u all..tapi bagi pendapat saya,itu semua adalah bisnes..dunia skarang penuh dgn promosi2 bukan saja produk aowa,malahan sperti kreta rumah,makanan2,restoran juga turut meggunakan perkataan promosi..yang bestnya waktu saya beli produk aowa saya juga d sediakan borang untuk cabutan bertuah stiap tahun stiap pembelian,pada mulanya saya ingatkan itu semua tipu hanya rekaan,rupa2nya betul la..ada cabutan lucky draw kreta,tiket percutian,cuma saya je yg kurang bernasib baik..memang jika di nilai secara kasar produk yg jenama aowa keluarkan rata2 cakap mahal,tapi,sbelum itu adakah anda pernah servey jenama lain atau peka produk2 yg mereka jual???contohnya induction cooker jenama selain aowa? penapis air jenama elken,bioaura,electrolax vaccum..paling rendah d pasaran pun dalam 2+++..bukan apa,saya ni seorg yg sgt rajin dalam meniliti produk2 d pasaran..jangan la nak bandingkan dgn barangan yg d tepi2 jalan,itu memang murah tahap 90%,barang2 lelong..da namanya lelong memangla murah..dari segi kualiti dan servis pulak tak taula pengguna yg lain,tapi pada saya stil ok..waktu saya membuat pembelian,staf mereka sgt mesra dan peramah,penjelasan yg dberikan kpd saya cukup jelas,saya tau dan faham dgn marketing strategi yg mereka gunakan..bukan saja aowa,malahan jenama2 lain mengunakan cara sebegini..dunia perniagaan memang memerlukan cara untuk operasi mereka..kadang2 saya pun tak faham kenapa segielintir org yg mengatakan bahawa mereka buat pembelian secara tak sedar sedangkan duit itu amat penting,jadi mengapa nak ambil jugak..saya rasa kita sbagai pengguna ada hak untuk mengatakan tidak..dah tu lepas beli kata menyesal,tertipu la..sedangkan wang itu merupakan milik kita,benda yg penting..atau pada pendapat saya ada pihak yg cuba untuk sabotaj atas hasrat dengki..oleh itu mereka gunakan peluang ini untuk merosakkan bisnes org..biasala sekarang zaman dah+maju,dunia perniagaan juga bertambah luas..macam2 pun ada..jika aowa adalah penipu,tak mungkin barang2 waktu 2009 saya beli masih d tangan saya sekarang,tak mungkin produk yg saya gunakan sampai sekarang masi dalam good condition..kalau pun mereka nak tipu,tak payahla mereka nak berikan kita barang betul tak?stiap org ada pandagn sendri,saya tak menyebelahi mana2 pihak,saya hanya menyatakan apa yg saya alami ketikan gunakan prdouk jenama aowa…sbenarnya terpulang pada fikiran kita bagaimana..fikir2lah..

    • bro yg kau defend sgt diorg tu apa hal…semlm anak buah gua dh terkena ngan pekrj oawa kt 1Borneo K.K sama ceta ngan akak yg kt kenigau tu konon kena cabutan bertuah klu pn nk wat bisnis jgn lh guna cara kotor cam tu

  6. yeee…alaa..saya pun pegguna Aowa juga…takde masalah ape2 pun… tentang penipuan tuu, tak semestinya Brand Aowa aje brand lain pun orang boleh gunaan juga untuk menipu..ini bukan soal brand laa.. soal kaedah penipuan… jangan sampai memburuk2kan brand pulak….

    • saya pun beli barang aowa di one borneo kk. pd tahun 2010
      harap dapat bagi kpd saya no telefon pusat servis aowa kerana
      water filter saya perlu dibaiki. kalau ada, terima kasih.

      halim aziz 013-6653482

  7. hehehe…sayapun ada jgk diumpan oleh promoter2 ni..tapi saya tidak layan. saya cakap tiada duit trus jalanla…tapi untungla dapat free gift…huhuhuh…

  8. aku pn dh trkena dgn produk aowa ni..mgkin btol ada yg ckp itu strategi marketing diorg..tp,,cra yg diorg gnakan ni slh..utk makluman lnjut anda boleh rjuk hak pngguna dlm web site tribunal tuntutan pengguna…ada mnerangkan ttg kslhan pnjual yg cba mperdaya,mgelirukan dan menipu pnggiuna utk mlariskan produk..so,mna2 yg dh trkena dan ingin ambil tndakan buat la mcm aku..sgera hubungi tribunal pngguna….scepat mgkin….

  9. Sy ke Giant Ipoh. Slps habis membeli belah saya disapa seorang yg menunjukkan beg kecil warna hijau yg akan diberikan percuma. Sy terfikir beg kecil ini boleh sy gunakan utk mengisi telefon, dompet dan sbgnya.

    Sy disoal selidik mengenai punca kebakaran dan diminta memberikan pandangan Oawa. Episod cerita seperti di atas berulang. Sy ditawarkan barangan dapur elektrik dan set periuk belangan bernilai RM5K. Sy sudah agak kena tipu ni. Mereka minta sy belanja KFC.

    Kebanyakan promoter dari Sabah dan ada seorang dari Kelantan. Sy dilantik menjadi Duta Oawa tapi jangan beritahu org lain saya dpt dapur elektrik percuma. Sy diminta utk beli penapis air. Sy tak mau tetapi memilih oven. Nilai +/- RM3K. Mereka beritahu bayaran akan dikreditkan ke Kad Kredit iaitu RM120 sebulan. Memikirkan RM120 bukan membebankan sgt sy pun setuju w/pun barangan percuma, oven dan sebagainya bukanlah keperluan sy.

    4 keping kad kredit diberikan kepada mereka. Kemudian CitiBank menelefon sy dan sy katakan transaksi tersebut adalah benar dan pemotongan adalah RM120 sebulan. Malangnya mereka hanya berjaya mendapatkan RM798 drpd kad kredit sy dan mendesak saya membayar secara tunai baki harga oven.

    Sy katakan mereka PENIPU kerana :-
    1) Mula-mula kata tidak perlu keluarkan duit. Tetapi memaksa membeli barangan Oawa. Bukankah pembelian itu melibatkan duit sy.
    2) Kenapa sy didesak melangsaikan baki harga oven hari itu juga sedangkan saya dikatakan perlu membayar ansuran RM120 sebulan.
    3) RM798 terus dicajkan ke kad kredit sy dan sy terpaksa menanggung beban kad kredit iaitu HUTANG TERBANG.

    Sy membatalkan pembelian oven dan berlalu pergi tanpa beg kecil warna hijau, tanpa dapur elektrik (kononnya percuma), tanpa periuk belanga (konon percuma) dan tanpa oven (w/pun sy dah bayar RM798 harga oven melalui kad kredit sy). Sorry my friend, No KFC.

    Promoter Oawa ini mcm lanun minta kad kredit sy. Lepas itu tanya satu persatu kad bank sy berapa ribu simpanan. Siap tanya kad debit gambar apple tu mana kerana semasa sy membayar barangan Giant sy syak mereka lihat kat debit gambar apple.

    Sy setuju Oawa menjalan promosi dan taktik perniagaan tetapi adakah sekarang cakap A beberapa minit kemudian jadi B kemudian dialog berubah menjadi C. Tidak konsisten. Kalau kata sebulan RM120 maka kenapa perlu minta bayar sekaligus ???

    Sy beli laptop setiap bulan kena bayar RM115, xde masalah apa pun. Setiap bulan sy masukkan dlm kad kredit RM150, dan pihak bank deduct RM115. Sy bercadang setiap bulan masuk kad kredit RM150 dan Aowa akan dpt RM120 setiap bulan – sbb itu lah sy setuju.

    Disebabkan oleh lanun-lanun Aowa itu, semalam sy terpaksa menjual kertas-kertas A4 (4 setengah kilo) yg telah digunakan dan saya dpt RM2/- sahaja dari kedai kitar semula. Esok sy akan ke kedai kitar semula untuk membawa barang2 yg boleh dijual untuk sy membeli barang keperluan harian. Untuk pengetahuan, kopi di rumah sy pun sudah habis. Untuk pengetahuan semua, duit saya tinggal RM1.50 sehari untuk hari bekerja dan RM0 untuk hari cuti. RM1.50 itulah untuk sy gunakan beli petrol / minyak hitam / makan minum di pejabat. Semalam sy bawa bekal cucur ke pejabat. Pagi hingga petang makan cucur sahaja. Nasib baik hari ini Jumaat, tengah hari ini sy makan pisang di masjid.

    • 27 April 2012,

      Aku mendapat tunggakan gaji (SPBA yg dibatalkan dan SSM yg dibaikpulih) sebyk RM811.00.
      Aku anggap pelarasan ini sebagai ganti kerugian aku seperti cerita di atas. Bulan ini gaji aku akan naik sekitar RM238.00 : Semoga Berkat Gaji aku dan tidak hangus ke jalan yg sia-sia sperti membayar barangan tetapi barangnya tiada mcm kisah di atas.

  10. hahahaha aku baru kena tdi.ade ke patut 3barang hrge cecah 7000 dpt diskaun sampai boleh bayr 2900 je.sape nak bagi.tokey khinzir pun boleh rugi hahahaha.ingt senang ke nak tipu aku.aku layan je diorang ckp2 siap tunjuk katalog lg.lama la jugak diorang melayan aku dkt setengah jam la jugak.last2 aku ckp xnak beli.hahahaha mesti diorang tensen kuikuikui.tapi aku tengok dapur dia memang canggih la hahahahaha

  11. Hahaha..tu semua taktik jer..menang itu la..ini la..pakcik aku pun ada kena..siap dpt gelaran V.I.P lg kat aowa 2…yg aku xtahan ni..awek2 promoter 2 goda suru pakcik aku bli barang..pergh!!xtahan..haha

  12. B’kara biasa saja tu. Biasa la kalau marketing,mmg begitu. Tak hairan la. Buat business mana mahu rugi. Thats is a thing. Aowa ini mmg kaitan dgn sal business marketing,so mana mungkin nak rugi kan. Mesti nak untung. Cara aowa ini tak semesti nya mereka saja buat begini,ada lagi yg lain. Sesiapa pun mana mahu rugi. Thats all. Thanks

  13. Business marketing biasa la. Kalau tak buat begitu punya cara macam mana nak untung. Hal yang begitu tak hairan la. Tapi d buat harga begitu memang berbaloi juga.

  14. Saya juga terkena..tapi cuma sy fikir bhwa produk lain pun lebih krg harganya..jd saya terimalah tawaran mereka sbb semua brg yg dpt mmg keperluan..so seandainya anda terkena, gunakanlah fikiran yg waras utk menilai dgn baik..tidak dinafikan bukan aowa shj guna tektik mcm ni, ada lg syarikat lain yg guna terutama syarikat yg tak glamour yg tak nak habiskan duit utk buat iklan yg mahal2..

  15. berwaspadalah dengan dalm apa jua urusan transaksi perniagaan, terutanya ketika membeli produk-produk di pasar raya utama……………………. fikir 10000000 kali sebelum buat keputusan. yang penting pastikan ianya bermanafat kepada kta dan memenuhi keperluan kita, walauoun melibatkan kosnya satu sen…….. sekiranya perlu,mustahak,baru membuat keputusan utk memilikinya. ok bro …………….

  16. ..pa cam skli pn lain masa kta jan lg tkena.titikpeluh kta stiap bulan senang2 terbang bg2 sj….

  17. alamak..baru jer td kena promote…sy ciap dpt 3 brg( wifi, ozonizer and tranduction cooker) RM 1900..konon nye sy bertuah sgt,,ad bape jer dlm malaysia… ciap bg deposit 100..tu pon mereka nk 10%…pastu offer vip card..dpt diskaun 50 % pembelian pasni…sy punye kupon ciap xde expired date lg… mereka ni penipu ker??? tp kalau logik nye…betul la cara promotion mereka… pujuk2..tp xpakse..ap2 pon depand pd customer..

  18. slm semua…sy pun hmpir terpedaya kemarin (1/2/2012) dgn promoter Aowa d slh sbuah shopin kompleks d sbh. tp nasibla, bankcard n kad kredit hsbnd yg pgg. sy kol hsbnd suruh dtg tgk brg2 tu, tp dtg2 je hsbnd ajak balik, konon nk cepat. rupanya hsbnd sy dh lm tau taktik tu sbb kwn dia yg penah keja promoter crita taktik jahat tu. mmg keciwa btul la wjh2 dua perempuan tu..sblm tu sy bagtau sy cuma ada wang tunai xsmpi rm500 dlm hbag, dorg suruh deposit jd utk boking brg2 tu..
    Alhamdulilah..syukur sgt2 kepada Allah, sbb diselamatkan dr penipuan tu. bygkan klu sy yg bw kad kredit ms tu, gerenti…terpakai..

  19. adus…. nyesalnye..baru je kene gak..balik trus buka tenet tgk komen2 nie..sy buka kupun sama ng penulis cakap 2… situasi sebiji sama…siap bayar dah deposit 100…. wat muka tkejut diorng 2… pastu suh belanja..tektik sume 2… brg sy dapat penapis air n dapur elektrik y 3 buner..harga 1699…. dah bayar 100…. isnin atau rabu nie cakap nk p bayar baki… tlg pe nk buat nk dapat balik duit 100 tu….kopak camni…..

    • eh same la ngn sy..knonnya sy dpt 2 brg dapur elektrik n rice cooker hrga RM1699 tp da byr deposit RM100. Cmna ni??

    • Pihak polis tidak dapat buat tindakan jika kita diamkan aje …..so sama-samalh kita buat laporan agar org lain tidak tertipu jgk. Saya pun tak tahu nak mengadu pada siapa tp bila baca catatan teman2 kat tenet ni..saya bertekad buat laporan polis wp malu & takut. Nasib baik polis layan baik je…kita jer yg taboo sgt takut masuk balai polis padahal kita ada tjwb sbg masy.Saya harap pd kwn2 yang senasib dgn saya jgn malu buat laporan polis dan buat tuntutan di tribunal pengguna…itu hak kita. Doakn akak berjaya tuntut balik wang dari sy.Aowa ni dgn bantuan tribunal pengguna.

  20. kwn aku pon tkena..adoii..xtau cmne nak gtau die..promoter AOWA penipu tu ade kat IB sabah..mmg sama citer ngan kamu sume..smpai nak mintak blnja KFC g..fuhh!! hbis duit deposit kwn aku rm500..patut ke kwn aku tu dtg balik ke kedai tu mntak balik duit 500 n batalkan pembelian atau biarkan jew?adoiiii

  21. Yg benar,

    Sy bimbang sekiranya kawan awak tuntut RM500; tidak dapat RM500 dikelentongnya lagi. Lagi rugi.

    Saya yang batalkan pembelian pun melayang RM798. Sy fikir lupakan saje … tuntut sahaja di Padang Mahsyar.

    Oppss … saya masih lagi bawa bekal ke pejabat. Hari ini nasi goreng dan ubi kentang rebus. Kesan penipuan masih lagi terasa. Kad kredit saya masih lagi tertunggak RM800.00. He He He … sy abaikan je surat dari bank.

    Saya bersyukur kerana ditipu tidak sampai RM1K. Pada saya mungkin ada hikmah disebaliknya. Kerugian hampir RM800.00 ini menyelamatkan saya daripada kerugian yang lebih besar lagi. Penipuan ini menjadikan saya lebih berhati-hati. Apa-apa promosi saya tidak layan. Orang tidak dikenali menelefon saya berkenaan pelaburan – saya cakap tidak berminat.

  22. Hem..bos sya pun terkena last year, fuh…rasanya RM7k lebih melayang….style dia memang sama dengan tuan/puan yang kena tu…kesian… Bila balik rumah bawa barang2 tu…dummm kena smash le dgn isteri. Isteri kata barang kurang berkualiti.. Kerana nak bantu bos, saya beli home theatre dgn harga yang murah dari harga yang Aowa jual…baru sekali guna mikrofon, kali kedua dah tak boleh guna. Bawa ke kedai letrik untuk baiki…haiya..ini barang susah woo…sudahnya sampai sekarang le tak boleh guna MIC. Rasa menyesal pun ada, tapi apa boleh buat…terima je lah.

  23. semua aowa penipu .oarang susah pn paksa beli barangan aowa.jangan terpedaya kepada masyarakat di malaysia .

    • saya pun sama tertipu….citer dia sama je…taktik yang sama digunakan. mereka dah perhati kita semasa buat bayaran di kaunter carrefour siapa yang guna kad kredit pasti terkena. Semalam baru tergerak ati nak periksa kat internet baru jumpa komen ni.So pagi tadi saya dah buat report polis…mana taknya RM8700 melayang kena tipu cakap bayar ansuran tiap-tiap bulan selama 3 tahun 3 kad keadit tapi bila saya tel bank sendiri pagi tadi…pihak bank cakap bukan bayaran secara ansuran…Tipah tertipu rupanya. Petang ni nak p persatuan pengguna lak buat laporan.

      • Angah,

        Sy pun tiga kad kredit jugak tapi yang bagusnya kad kredit tu hampir-hampir maksimum penggunaannya.

        1) Kad Kredit Maybank : RM98 : tu pun nasib baik sblm pi Giant sy ada kuar cash. Kalau sy tak kuar cash, lagi banyak disapunya.
        2) Kad Kredit Bank Islam : Kad kredit ni hampeh sedikit. Mmg tak boleh utk pembelian. Yang boleh keluar cash dan beli melalui katalogue yang diposkan ke Bank Islam. Bagus pun macam tu. kalau tak lagi banyak duit aku yg melayang.
        3) Kad Kredit Citibank : Pihak bank menelefon sy berkenaan kesahihan pembelian. Sy ckp mmg betul sy beli (masa tu tak tahu lagi yang tipah tertipu ni !!!). Sy ckp kat Citibank bahawa pembelian ini adalah ansuran RM120 sebulan. Pegawai Bank Citibank sy agak dia fahamlah apa yg sy ckp, tetapi malangnya apabila sampai bank statement : RM200+RM500=RM700 dichargenya dlm bil sy. Hampeh btul !! Ni salah bank ke salah siapa ni ?? Sy dah bilang pada pegawai tu. Tapi sy tidaklah pulak buat laporan.

        Bulan hadapan saya pegi ke Sabah. Kalau jumpa budak tu mmg aku belanja dia KFC. Tapi sy hendak belanja dia yg pegang beg hijau sahaja – tidak kepada lanun-lanun yg lain. ( ….. ni kes benci tapi rindu ….. ).

  24. hai puan….nk tny kit……baru-baru ni saya pergi ke sabah…sy pn terkena mcm puan.adakah puan membuat laporan ke tribunal pengguna?blh x sy hndk tahu lebih lanjut kes puan.sbb sy dlm proses utk membuat tuntutan di tribunal.sy sertakan email sy di bwh nti & kalo blh sy nk share dgn puan.

  25. saya pon dah kena ptg tadi..dgn kerugian 3k..mcm mana saya nak kembalikan barang nie ya…saya dah kena tipu..bolehkah dikembalikan barang nie..duit diambil lagi..

  26. sy Pun da kena dgn Promoter kat sna . sebenarnya kita bukan daPat barang free..couPon yg dia kac x ckP brg 2 free..tP harga rendah berbanding yg asal..actually ni terPulang dgn kita.whether we want to buy or not..klu Price dia kita rasa ok..so kita beli…tP crita2 len yg kena tiPu 2 sy xtau la..mungkin Promoter 2 tiPu n simPan duit 2 utk duit sndri..sy Pun da rsa mrka ckt tiPu sPya kita beli brg mrka tP mrka xda Pun ambil duit kita sbb kita da dPt brg Pun..yg Penting b4 byr kita fkr sm ada harga berPatuta atau tak…klu sy, sy bli sbb sy nak guna n harga Pun sy rs ok…cuma tkt benda 2 x tahan lama ka?

  27. saya pun terkena RM2800 dan mereka beri saya:
    1. water filter 6 penapis aowa
    2. accum cleaner aowa
    3. induction cooker 2 dapur aowa
    4. air ionizer aowa
    masa tu kena di One Borneo. saya anggap satu produk itu berharga RM700 setiap satu….mahal murah saya tak dapat agak

    halim
    rawang selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s