APAKAH SEO


Apakah SEO?

Sebenarnya kalau ditanya kepada semua webmaster,andakah kita mahu #1 rank pada Google? Jawapanya pasti kita akan berkata ya.Kebanyakan SEO consultant tahu bahawa kita ingin berada pada tempat pertama pada Google.Jadi mereka berpendapat bukan SEO sahaja untuk menaikkan ranking sesuatu laman web.

SEO atau Search Engine Optimization bermaksud satu set aktiviti yang anda buat untuk menambah trafik kepada laman web anda.Mungkin juga anda pernah dengar Search Engine Marketing atau Search Marketing.Semua ini bersangkut paut dengan perubahan yang anda lakukan kepada teks anda dan juga kod HTML.Ia juga termasuk komunikasi secara langsung dengan injin pencarian(search engine) atau aktiviti yang berkaitan dengan pautan(link).

SEO bukanlah mengiklan,sungguhpun ia termasuk komponen-komponen pengiklanan.Ia juga bukan hubungan awam walaupun ia termasuk kerja-kerja yang bersamaan dengan PR.Atas apa alasanpun SEO bertujuan menarik trafik atau pelawat ke sesuatu laman web.