coretan seorang mahasiswa


GENAP 3 TAHUN DI UiTM..

 

Tika aku menulis warkah ini, aku masih lagi warga uitm, dan bakal akan graduate. Ini lah final semesta aku dan kawan-kawan ku dan juga untuk universitiMate ku.. 3 tahun telah belalu, dan ini lah saat kita tunggu-tunggu kan. DAN ini juga saat yang kita tidak rela lepaskan, kerana setiap dari kita akan membawa diri sendiri entah kemana dan dimana. Mungkin ada diantara kita terus sambung belajar, mendapat kerja dan mungkin juga ingin mendirikan mahligai bahagia.. dalam kesibukan menghadapi final exam, kadang-kadang kita terlupa bahawa satu perpisahan hebat akan berlaku antara kita semua. Dan sering kali mengelak untuk memikirkan saat itu, kerana saat itu belum lagi tiba. Hakikat nya ia tetap setia menunggu..aku akan menuju, melalui dan melepasi saat indah itu…

 

Sering kali aku cuba menepis ketakutan ini.. entah kenapa jugak rasa sebak bila aku mengenangkan saat-saat perpisahan yang bakal belaku. Aku akan selalu mengatakan pada diriku sendiri bahawa perpisahan ini tidak apa-apa makna nya.. TAPI  bila ku lihat je wajah-wajah kawan-kawan, classmate.. aku jadi merasakan bahawa ini lah saat terakhir kita besama.. melangkah keluar je kita dari gate uitm ini, kita bukan lagi warga universiti ini.. dalam fikiran ku mengatakan ini hanyalah sementara dan lumrah dalam hidup..