PUNGKA LELAKI


DITUJU NGAGAI SIDA KE LELAKI..

 

khas untuk lelaki

Ini mainly untuk orang lelaki esp. yang dah

kawin… Yang belum kawin, mmm… azam je lah…

How easy it is you all can comment. Bagi oghang

pompuan pulak.. boleh lah forwardkan kepada pakwe

ke, atau ‘bakal-bakal’ husband dan pakwe or just

guy frens… and you should know that some guys do

take note of these things … and some are already

ahead of this!

… … … … … … … … … … … …

 

HAL2 RUMAHTANGGA

 

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri,

terutama isteri yang bekerja dan sama-sama

terpaksa menanggung hutang suami.

 

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan

buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya

masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi

yang diterima daripada isteri dengan bijak serta

prihatin.

 

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri

atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda

kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih

baik dan canggih dari emak anda.

 

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood

atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata

untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives

are only supposed to provide that service,

bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

 

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah

menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami,

isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak

anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan

macam maharaja.

 

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV

atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari

kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,

mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu

mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup

tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami

lepas tangan.

 

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan

sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua,

sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat,

janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

 

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah,

beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in

advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best

dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan

perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak

sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat

dilipat, permainan anak masih berselerak dan

isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas

masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan

keluarga)

 

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz

badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.

Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

 

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu

kenapa boleh control kentut?

 

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri

walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa

nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali

mencaci mereka walaupun secara bergurau.

 

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan

rumahtangga.

 

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.

Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan

masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,

semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan,

selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau

awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh

awak sendirilah).

 

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah

buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah

cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila

dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah

ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal,

dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam

tu? Semua nak kena ajar ke?

 

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia

perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga

anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan

tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

 

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu

dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak

keistimewaan kepada para isteri tapi

diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki

untuk kepentingan diri sendiri. You all memang

dengki!

 

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.

Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang

buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa

isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

 

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan

isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak

menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,

siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek

jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

 

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah

bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat

tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus

pun tak perasan.

 

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu

keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa

veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil

kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan

saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang

keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

 

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan

ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau

seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan

isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka

belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri

masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk

NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu

suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi

saya dengar dari seorang ustaz.

 

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan

keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang

isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik

sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

(kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin

dengan perempuan kepala batu).

 

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau

berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf,

kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni

sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,

perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang

dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser

kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,

janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan

orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kaum

isteri ni mogok, awak juga yang RUGI..