DAYA IDUP


Hidup Tak Semestinya Susah

Fikiran kita mengawal hidup kita. Apa saja yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita.
            Bila kita fikir hidup ini tak semestinya mudah atau dalam erti kata lain, susah, maka susahlah jadinya. Semua benda, perkara dan situasi kita fikir susah, maka minda separa sedara akan menarik perkara-perkara yang membuatkan apa saya yang Anda buat jadi susah.
            Tetapi, bila kita fikir hidup ini senang, ada cara senang nak senang dan perlu dinikmati, semuanya akan jadi senang, sekarang, esok, lusa bahkan sampai bila-bila. Bila kita set minda macam tu, semuanya akan jadi lancar. Semangat pun naik!
            Sebab, minda separa sedar menarik semua perkara yang membuat apa saja yang Anda buat menjadi senang. Saya nak beritahu Anda satu rahsia… tak semua orang menyedari hal ini di mana sebenarnya mereka boleh membuat semua perkara menjadi senang. Tak semua orang mahu belajar mengenainya.
            Minda kita mengikut apa saja yang kita imaginasikan dan yang kita emosikan. Andai kita kata susah, maka terbayang di minda sesuatu yang susah. Lantas, emosi kita pun bertukar menjadi susah, payah dan berat. Secara automatik, minda terus menarik perkara-perkara yang susah.
            Bak kata Anthony Robbins, “its all in your mind”. Jangan anggap semuanya susah, tapi anggaplah ia sebagai cabaran.
            Mesti ada cara untuk menjadikan hidup ini menjadi lebih senang dan mesti ada cara untuk kita menikmati kesenangan itu bersama kawan-kawan, keluarga bahkasesiapa saja.Ingat, kita adalah yang kita fikirkan.