kamus cinta


> > PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.
> > Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan.
> > Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya.
> > Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.
> > Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.
> > Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.
> > Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
> > Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
> > Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.
> > Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
> > Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
> > Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
> > Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
> > Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.
> > Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
> > Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
> > Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
> > Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
> > Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.
> > Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!
> > Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
> > Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.