kaban ngiga kaban


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak
membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan
baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan
dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan
perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan
baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan
baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya
mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik
tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di
dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham
bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
memberitahu perkara yang baik kepada kawan
baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan
yang baik…kepada kawan baik kita.