Kisah penipuan jenama AOWA


Kisah penipuan jenama AOWA

Salam semua pembaca..

KHAS kepada sesiapa yang belum terkena..khas utk org tinggal di bandar2 besar, lebih-lebih lagi yang ada shopping complek..untuk org kampong juga, yang baru tinggal di kota..JANGAN TAK BACA INI..MANA TAHU KAMU AKAN TERKENA, BARU MENYESAL.. ATAUPUN kamu pernah terkena dan tak sedari bahawa kamu juga telah terkena tipu..

Oleh kerana tidak puas hati dengan penipuan Aowa, sekali lagi saya membincangkan teknik penipuan aowa dan cara mereka “menjual” barangan mereka. Hal ini kerana saya pernah ditipu, harapan saya supaya tidak ada lagi yang terpedaya dengan “godaan” mereka, maksud saya dia punya promoter. Owh ya, kalau di KK, dia punya cawangan ada di karramunsing, oneBorneo,dan lupa lah..konsep mereka lebih kurang sama dengan jenama Frico.

Bagi mereka yang kurang tahu dalam selok-belok perniagaan, mereka akan merasa mereka lah yang beruntung dan terasa macam menang loteri beribu ringgit. Padahal mereka telah tertipu huhu… sedangkan saya yang mempunyai degree pun tertipu juga dengan dia punya teknik godaan..

Untuk pengetahuan semua, teknik jualan mereka ialah yang kita panggil dalam bahasa English multiple sealing ataupun jualan berganda. Sebenarnya teknik jualan ini dalam dunia perniagaan adalah dibenarkan, tetapi yang saya tak puas hati ialah, promoter nya mengunakan kata2 yang boleh menyebabkan kekeliruan dan penipuan.. maksud saya ialah..harga sebenar harga barangan mereka dilabelkan dengan beribu ringgit, padahal jauh lebih murah dari itu..

Contohnya;
1.    Induction cooker/ dapur electrik rm25++ ( harga sebenar ialah rm15++ )
2.    Vakum rm22++ ( harga sebenar mungkin rm5++)
3.    Penuras air rm2+++ ( harga sebenar mungkin rm600 )
4.    Pressure cooker/periuk tekanan rm600 ( mungkin rm4++)

Mana tak menipu nya tu.. promoter tu siap kata pada kita, kamu telah memenangi rm8+++, wow, banyak nya..padahal habuk pun tak ada..saya pada masa tu hanya membayar rm25++, untuk dpt kan barangan itu..so bila difikir kan saya keuntungan rm6+++.. padahal telah ditipu..lupa saya mahu citer, bila dapat “hadiah” ini, memang macam diawang-awangan..tak percaya..saya balik, saya citer ka nada kwn sy , dia pun ketawakan saya, apa lagi dia citer kan lah semua selok-belok perniagaan Aowa.. kecewa nya tau..rasa mahu gaduh saja dengan promoter nya itu..

Satu lagi, mereka akan tengok kamu punya dompet, kot-kot ada kad kredit.. kalau ada, dia bagi pakej yang lebih mahal..iaitu pakej home theater rm3+++..pandai tak mereka… saya rasa kita patut belajar menjual seperti mereka, manis mulut..sampai kan yang ada PHD pun terkena..

Satu lagi…mereka kata..haha mereka kata..barangan mereka buatan jepun, padahal buatan china..inilah membuat kita terpikat..satu satu lagi, barangan mereka bukan nya tahan lama pun, tapi cepat rosak.. lebih-lebih lagi, vacuum dia tu…mereka kata ada warranti, tapi kalau rosak, mereka tak ingin bertanggungjawab, mereka kata alat ganti tak sampai lagi..yakni cuba mengelak..hingga kan kita fed up..putus asa..

Kisah saya begini..baca tau !!!..rugi kalau tak baca..kerana boleh djadikan tauladan..
Dengan aksi lakonan beberapa promoter aowa… mereka menunggu pelanggan dengan memberi voucher hair dryer percuma dan menjemput kamu ke premis mereka dan memberi penerangan. Kata mereka ada promosi hebat..cabutan bertuah untuk bulan ini sempena macam-macam lah sempena nya..kalau dekat raya, sempena perayaan..kalau dekat kmerdekaan, sempena kmerdekaan..pandai kan mereka..

saya pula terkena dengan promoter cewek mereka.. saya kan masih bujang lagi kan.. mesti lah tgoda sikit kalau cewek cantik tegur.. kalau promoter lelaki mungkin masa tu saya tak layan..hehe..

dia kata ada hadiah free, dia siap tunjuk pada saya..tapi kena tengok pameran mereka, dan bagi komen sikit..kata mereka..ini lah teknik jualan mereka.. sampai kat premis mereka, mereka tunjukan barangan mereka terutamanya yang paling canggih iaitu, induction cooker.. owh ya juga, induction cooker mereka ini ni juga, sebenarnya mengunakan banyak tenaga elektrik.. seperti yang diceritakan, saya diminta untuk member komen, ini sebenarnya lakonan mereka saja..

Lepas tu pula kan, mereka bagi kita kotak hair dryer.. di dalam kotak hair dryer itu ada kupon dan mereka pun menunjukkan voucher yang telah di menangi oleh beberapa orang. apabila dibuka kupon itu terdapat tulisan PR dan didalam ada huruf A yang mengandungi RM100 percuma dan 3 barangan percuma yang terdiri dari presure cooker, set periuk stainless steel, induction cooker, dan vakum..

itu lah hadiah yang saya dapat.. konon nya hadiah..padahal tkena tipu.. lepas tu kan, lakonan pun bermula dua promoter yang mengatakan mana ada hadiah macam ini.. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan voucher itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di KL tak tahulah saper yang berlakon pula, dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar secara percuma.. jangan salah anggap tau, ini hanyalah lakonan mereka.. jika kamu perhatikan betul2 sebenarnya, bos mereka katakana itu adalah salah sorang dari mereka disitu..belakon jadi bos..

jika kamu perasan, bila mereka talipon bos mereka kononnya, mereka akan bercakap dengan besar-beasr, agar kita mendengar..ini juga lakonan hehe..pastu kan, mereka bagi hanpon pada kita untuk bercakap sendiri dengan bos mereka..mereka minta no siri hadiah tu kononnya lah..padahal ini hanya teknik saja..bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah minggu ini.. kemudian talian dipaskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 1000 keping dalam Malaysia.

Mereka berpura-pura mengfakskan voucher tersebut ke KL…saya lihat mereka begitu pandai berlakon yang sedihnya semua promoter di situ berbangsa melayu…. yang perempuan pula bertudung kepala….. Selepas itu mereka menerangkan kepada saya untuk mendapatkan kesemua hadiah itu kami kena beli barangan yang disyaratkan yang berjumlah lebih daripada RM2 ribu diantara nya adalah vacum berasaskan air, water filter, microwave, home theater dan lupalah apa lagi…. So saya memilih water filter reganya lebih kurang RM2599.00, kerana water filter lah diantara yang paling murah dalam voucher yang disyaratkan.. untuk pengetahuan korang, harga bagi keEmpat2 barangan itu semuanya sebenarnya dalam lingkungan rm2599..

Apa lagi kan. Mereka belakon dengan berteriak, gembira kerana saya lah org paling btuah..sebenarnya berteriak kerana bjaya menipu saya..huhu..siap ucap tahniah lagi tu..tahniah hampeh..jujur saya kata kan pada masa tu, hati saya memang teruja, dan bangga lah..kan pemenang.

Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya..ini juga teknik mereka memikat hati kita..lepas tu mereka terangkan sesuatu, mereka kata mereka takde jual barang, tetapi mereka hanya lah sedang buat promosi..haha..sebenarnya ini lah teknik mereka menjual barangan mereka..kerana barangan mereka diletak dengan harga begitu mahal..sapa mau beli kan..jadi dengan teknik ini lah mereka mampu menjual barangan mereka..dan gaji sorang promoter hamper mencecah rm3+++..percaya atau tidak terpulang kepada kamu semua..

Pada mulanya saya tidak mahu, saya kata saya idak memerlukan barangan tersebut.. lepas tu mereka pujuk saya lagi supaya ambil peluang ini..lama juga mereka pujuk saya, hampir sejam saya dalam premis mereka..hal ini kerana saya orang yang bijak kononnya lah..sehingga kan saya kol kwn saya, kwn saya pun satu, pujuk saya bayar juga..

Melihat keadaan saya tidak mahu bayar, mereka terangkan, jika saya bayar saya automatic jadi ahli Aowa/membership dan dapat kad vvip..kononnya..mereka kata, jika jadi ahli, kita akan berpeluang mendapat hadiah mingguan dan berpeluang melancong bersama aowa..satu lagi, kita juga akan dapat income/pendapatan hasil dari keAhlian kita..

Ini menyebabkan saya tertarik, kerana saya bminat dengan alam perniagaan..siapa tak duit kan..kalau kamu fikir baikbaik, mana ada orang tekan kita atau beria-ia sangat nak bagi kita hadiah.. satu lagi mana ada orang sanggup bagi  hadiah beribu-ribu ringgit..rugi lah kan.. maksudnya ialah, mereka sedang menipu kita untuk mendapatkan untung..
Last-last saya bagi kad CIMB bank saya..untuk transfer duit berkenaan..lakonan terakhir mereka ialah, mereka meminta kita ambil gambar bersama hadiah2 yang kita dapat tu..

Lepas saya tau yang saya ditipu..menyesal pun ada walaupun saya dapat barangan tersebut..

Jadi cara saya ialah, saya menjual barang tu melalui internet..nasib saya agak baik, saya dapat balik duit saya hasil dari jualan saya tu, dalam rm2+++..

BAGI SESIAPA KWN2 YANG ADA TERTIPU, SAMA2 LAH KITA BKONGSI PENGALAMAN TERSEBUT DAN MEMBANTERAS PERBUATAN AOWA TU..

Sayang Rm2000 tu beb…