kita sayang awak


AWAK
Masa perkenalan kita
Awak selalu menyapa saya
Tapi saya buat tak layan saja
Masa berjumpa awak selalu senyum pada saya
Tapi saya buat biasa saja..
Tapi saya saying pada awak
Saya dah jatuh cinta pada awak
Ku sengaja biar kan awak tertanya
Dalam kuliah awak selalu menarik perhatian saya
Walau saya pura pura tak kisah
Dalam hati saya sangat suka pada sikap manja awak  itu
Awak selalu duduk depan saya
Agar saya dapat melihat awak
Supaya saya tertarik pada awak
Apa pun saya lebih suka berbual dengan kawan awak
Sengaja mahu tengok awak cemburu
Namun awak tetap senyum

Bila ada program saya selalu mengelak
Supaya tidak satu kumpulan dengan awak
Sengaja ingin sembunyikan perasaan ini
Biarpun sesekali ingin diluahkan
Tapi biarlah rahsia

Bila lecturer bertanya soalan pada saya
Awak selalu membantu saya
Saya tidak ucap terima kasih pun pada awak
Tapi awak tetap juga membantu saya
Bila hari kekasih
Awak selalu bertanya mana coklat nya
Saya kata “oh ya ka, saya terlupa”
Walaupun kita bukan bergelar kekasih
Saya juga pernah cuba mengingati hari lahir awak
Tapi lupa lah
Awak tetap anggap saya baik
Tapi bila sampai birthday saya
Kalau boleh awaklah orang pertama mengucapkannya
Dengan senyuman awak menyampaikannya
Tapi saya malas nak tunjuk suka, egonya saya
Tapi saya Tanya awak balik
“oh yer ka, bukan hari ini lah”
Dalam hati saya sungguh gembira
Awak mengambil berat pada saya.
Dalam hanpon saya penuh gambar awak
Biarpun awak belum lagi begelar awek saya
Klu yang awak bagi
Kalau orang Tanya bilang itu awek awak
Memang saya tahu itu teknik awak memikat saya
Dengan sendirinya tangkap gambar cute awak
Ke dalam hanpon canggih saya itu
Tapi saya buat2 biasa je
Awak..
Akhirnya 3 tahun berlalu
Masa tu sekali pun saya tidak dapat
Bagitahu awak betapa saya ingin
Jadikan awak awek saya
Betapa saya cintakan awak
Masa tu juga kita tetap solo
Tiada pasangan
Kerana kita masih mengharapkan masing2
Cuba mengharapkan satu keajaiban belaku
Tapi dunia tak seindah itu awak
Selama itu saya tahu awak
Sentiasa mengharapkan saya memulakannya dulu
Tapi apa kan daya saya tetap gagal
Walaupun banyak klu yang awak tunjukkan
Awak awak, sebenarnya saya faham itu semua
Tapi apa boleh saya kata
Maaf awak..

Awak..
Selepas konvo
Kita tak jumpa awak lagi
Apa khabar awak sekarang
Walaupun sesekali tersentuh di naluri saya
Saya merindukan sikap manja awak dulu
Tapi saya tak tunjuk, saya terfiki
Macam mana keadaan awak
Awak senyap je, saya pun senyapla
Egonya saya..

Awak
Hari nie saya tengok awak senyap je
Saya pun terfikir, awak ingat saya tak?
Saya ingat awak tapi buat selamba je
Dalam hati tuhan je yang tau(resah gila)
Bukan saya tak nak hubungi awak
Tapi saya tak tahu macam mana nak hubungi awak
Tak tahu apa nak diucap kan nanti
Ya lah kan, kita ni hanya lah rakan satu university
Jadi kita terus menyepi
Walaupun saya ingin tahu
Apakah awak buat,dimana awak
Sihat ka awak
Sudah berpunya kah awak..
Saya pasti awak sudah berpunya.
Tak kan awak nak tunggu saya lagi
Kan kita dah berjauhan
Mungkin tak jumpa lagi
Salam sejahtera awak

Awak..
Dikejauhan awak
Saya masih saying pada awak
Tak ingin ku dengar awak dah berpunya
Tak sanggup ku buka friendster awak
Kut kut ada gambar special awak
Awak andai awak terbaca
Kisah kita ini
Pasti awak faham
Bukan sengaja ku memainkan perasaan awak dulu
Kerana saya tak sanggup mempunyai girlfren secantik awak

Awak,
Kini saya sedar,
Yang nyata awak bukan di takdirkan untuk saya,
Biarlah saya terus menyepi,
Pasrah jika jalan ini yang kita akan pilih
Tapi satu perkara yang awak perlu tahu,
Kenali awak adalah anugerah terindah yang pernah
saye miliki.
Terima kasih awak…