cinta awak tau


AWAK
karya  MY PAGE BOOK

AWAK
Masa perkenalan kita
Awak selalu menyapa kita
Tapi kita buat tak layan saja
Masa berjumpa awak selalu senyum pada kita
Tapi kita buat biasa saja..
Tapi kita mula sayang pada awak
Kita dah jatuh cinta pada awak
Kita sengaja biar kan awak tertanya
Dalam kuliah awak selalu menarik perhatian kita
Walaupun kita pura-pura tak kisah
Dalam hati kita sangat suka pada sikap manja awak itu
Awak selalu duduk depan kita
Agar kita dapat melihat awak
Supaya kita tertarik pada awak
Apa pun kita lebih suka berbual dengan kawan awak
Sengaja mahu tengok awak cemburu
Namun awak tetap senyum
Bila ada program kita selalu mengelak
Supaya tidak satu kumpulan dengan awak
Sengaja ingin sembunyikan perasaan kita
Biarpun dalam hati kita ingin nyatakan
Tapi biarlah rahsia
Bila lecturer bertanya soalan pada kita
Awak selalu membantu kita
Kita tidak ucap terima kasih pun pada awak
Tapi awak tetap juga membantu kita
Hantar assignment kita awak sanggup
Bila hari kekasih
Awak selalu bertanya mana coklat nya
Kita kata “oh ya ka, terlupa lah, perlu kah”
Pura-pura tidak romantik
Walaupun kita bukan bergelar kekasih
Kita juga pernah cuba mengingati hari lahir awak
Tapi lupa lah
Awak tetap anggap kita baik
Tapi bila sampai birthday kita
Kalau boleh awaklah orang pertama mengucapkannya
Sms satu lebih awal sampai
Tapi kita malas nak tunjuk suka, egonya kita
Tapi kita Tanya awak balik
“oh yer ka, bukan hari ini lah”
Dalam hati kita sungguh gembira
Awak mengambil berat pada kita.
Dalam hanpon kita penuh gambar awak
Biarpun awak belum lagi begelar awek kita
Klu yang awak bagi
Kalau orang Tanya bilang itu awek awak
Memang kita tahu itu teknik awak memikat kita
Dengan sendirinya tangkap gambar cute awak tu
Ke dalam hanpon canggih kita itu
Tapi kita buat2 biasa je
Awak..
Akhirnya 3 tahun berlalu
Masa tu sekali pun kita tidak dapat
Bagitahu awak betapa kita suka sayang
Jadikan awak awek kita
Betapa kita cintakan awak
Masa tu juga kita tetap single
Tiada pasangan
Kerana kita masih mengharapkan masing2
Cuba mengharapkan satu keajaiban belaku
Tapi dunia tak seindah itu awak
Selama itu kita tahu awak
Sentiasa mengharapkan kita memulakannya dulu
Tapi apa kan daya kita tetap gagal
Walaupun banyak klu yang awak tunjukkan
Awak awak, sebenarnya kita faham itu semua
Tapi apa boleh kita kata
Maaf awak..
Awak..
Selepas konvo
Kita tak jumpa awak lagi
Apa khabar awak sekarang
Walaupun sesekali tersentuh di naluri kita
Kita merindukan sikap manja awak dulu
Tapi kita tak tunjuk, kita selalu memikirkan
Macam mana keadaan awak
Awak senyap je, kita pun senyap lah
Egonya kita..
Awak
Hari nie kita tengok awak senyap jer
Kita pun terfikir, awak ingat kita tak?
Kita ingat awak tapi buat selamba je
Dalam hati tuhan je yang tau(resah gila)
Bukan kita tak nak hubungi awak
Tapi kita tak tahu macam mana nak hubungi awak
Tak tahu apa nak diucap kan nanti
Ya lah kan, kita ni hanya lah rakan satu university
Jadi kita terus menyepi
Walaupun kita ingin tahu
Apakah awak buat,dimana awak
Sihat ka awak
Sudah berpunya kah awak..
Kita pasti awak sudah berpunya.
Tak kan awak nak tunggu kita lagi kan
Kan kita dah berjauhan
Mungkin tak jumpa lagi
Salam sejahtera awak
Awak..
Di kejauhan ini awak
Kita masih sayang pada awak
Tak ingin kita dengar awak dah berpunya
Tak sanggup kita buka facebook awak
Kut kut ada gambar special boy awak
Awak andai awak terbaca
Kisah kita ini
Pasti awak faham
Bukan sengaja kita memainkan perasaan awak dulu
Kerana kita tak sanggup mempunyai girlfren secantik awak
Awak,
Kini kita sedar,
Yang nyata awak bukan di takdirkan untuk kita,
Biarlah kita terus menyepi,
Pasrah jika jalan ini yang kita akan pilih
Tapi satu perkara yang awak perlu tahu,
Kenali awak adalah anugerah terindah yang pernah
saye miliki.
Terima kasih awak…