Kisah penipuan aowa dari sabah | awas penipuan


Post dan komen dari blog ini..sila baca dan beri komen..

Saya pun tertipu dua kali pada masa yang sama ceritanya begini saya keluar dari super market Hiap Lee Keningau tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan botol air dan memberikan secara percuma lantas membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk memberikan komen tentang barangan Aowa. Selepas memberikan komen, promoter itu terus menghulurkan borang dan meminta saya mengisi maklumat kerana memberikan komen barangan Aowa. Bagi menghargai komen yang saya berikan lantas mereka memberikan satu tiket bertuah dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenagai tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM100.

Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di KK , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar secara percuma. Promoter it terus memasingkan handphon itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah minggu ini, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 5 keping dalam Malaysia.Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.

Tetapi promoter menyatakan saya tidak boleh bawa pulang hadiah tersebut sekiranya saya tidak membeli barangan Aowa yang berharga rm 2000 ke atas lantas menghulurkan jenis barangan tersebut dan mencadangkan saya beli dapur memasak yang mengunakan elektrik berharga rm 2898. Saya katakan pada mereka tidak mahu beli kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu pada masa itu dan akan membeli lain hari tetapi promoter itu menyatakan hadiah yang saya dapat tidak boleh dibawa pulang sekiranya tidak membeli barang aowa pada hari itu juga, .promoter yang ada di situ menyuruh saya memgunakan kad kredit . Akhirnya saya terpaksa mengeluarkan kad kredit. Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di KK. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 7000 yang layak lagi memenagi hadiah. Hadiah yang saya dapat kali ini ialah 2 barangan Aowa juga bernilai RM5888 tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka.

Kali ini suami saya pula yang mereka suruh guna nama untuk membeli barangan tersebut, belum sempat berfikir, mereka balik-balik minta kad kredit, akhirnya saya bagi balik kad kredit tadi. Kini jumlah wang yang digunakan ialah RM5786. Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.Sesampai di rumah, lebih kurang setengah jam lamanya saya kembali berfikir atas kemenangan hadiah tadi. Di fikiran saya logikkah ada penjual yang memberikan hadiah seperti itu. Untuk mendapatkan kepastian saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.

Apa yang saya rasakan di sini ialah:-

1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.

2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.

3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.

 

Tinggal komen ya..