Skema Soalan dan Jawapan Temuduga


Soalan dan jawapan yang biasa ditanya semasa temuduga..

SKEMA SOALAN DAN JAWAPAN TEMU DUGA

SILA TERANGKAN MENGENAI DIRI ANDA

Jawapan hendaklah merangkumi tiga aspek iaitu kelulusan, tempat bertugas sekarang dan pengalaman. Contoh nya;

Nama saya Justine Bieber. Umur saya 25 tahun. Saya lepasan universiti ___ dalam jurusan ___.  Sebelum ini saya pernah bertugas di jabatan___, di mana saya memegang jawatan sebagai ___, selama 3 tahun. Selama saya memegang jawatan tersebut banyak pengalaman dan kejayaan yang saya dapat. Saya pernah menjadi ketua dalam menganjurkan makan malam tahunan jabatan kami dan berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pelbagai agensi. Saya juga pernah menjadi wakil jabatan dalam pelaksanaan projek amal di salah satu tempat selama satu bulan. Untuk jawatan ini, saya mempunyai pengalaman selama 3 tahun dalam urusan pentadbiran dan penyelidikan. Saya yakin dengan gabungan akademik dan pengalaman yang ada pada saya, saya mampu memikul tanggungjawab dalam jabatan pihak tuan.

Kalau boleh jangan lah banyak menceritakan tentang peribadi diri anda, lain lah kalau ditanya.

TETAPI KALAU ANDA FRESH GRADUATE. Jawab macam ini.

Walaupun saya baru saja menamatkan pengajian. Tetapi saya mempunyai pengalaman dalam bidang menguruskan sesuatu organisasi. Di universiti saya aktif dalam kelab dan persatuan, dimana saya pernah menjadi pengarah kelab. Sebagai pengarah, saya belajar menjadi ketua dan menguruskan pelbagai perkara contohnya budget, aktiviti dan laporan. Saya juga pernah kerja sambilan di_____ dimana saya mempelajari ilmu menguruskan jual-beli, akaun perniagaan dan cara komunikasi yang berkesan dengan pelanggan. Dengan ilmu dan pengalaman yang ada pada saya, saya dengan yakin nya mampu memikul tanggungjawab yang mencabar ini dengan penuh dedikasi.

 

Dan banyak lagi skema soalan dan jawapan.

Tag : temuduga, soalan, soalan temuduga, teknik, menjawab, menghadiri temuduga, tips temuduga